New York: "Kami tujukan pengiktarafan ini buat mereka yang syahid, yang berada di penjara dan mereka yang cedera dan mereka yang bertarung nyawa untuk menaikkan bendera ini," kata Mahmoud Abbas.
Presiden Palestin itu berkata demikian ketika membuat ucapan di Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Sejurus selepas ucapan berkenaan dan buat pertama kali dalam peradaban manusia moden, bendera Palestin dinaikkan dan berkibar di PBB.
Bendera itu dinaikkan pada kira-kira 1 petang waktu tempatan di depan diplomat dan wartawan.
Rakyat Palestin yang berada di Tebing Barat di bandar Ramallah, turut menyaksikan majlis penuh bersejarah itu menerusi layar gergasi di Yasser Arafat Square.
"Suasana amat ceria ketika ini. Mereka mendendangkan lagu kebangsaan dan mengibarkan bendera Palestin," lapor wartawan, Imtiaz Tyab untuk Al Jazeera.
palestin.jpg

New York: "Kami tujukan pengiktarafan ini buat mereka yang syahid, yang berada di penjara dan mereka yang cedera dan mereka yang bertarung nyawa untuk menaikkan bendera ini," kata Mahmoud Abbas.



