Jakarta: Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Aviastar yang membawa 10 orang dilaporkan hilang selepas terputus hubungan dengan menara kawalan Lapangan Terbang Andi Djemma, Masamba, di Sulawesi Selatan.
Menurut agensi mencari dan menyelamat Indonesia, pesawat Twin Otter DHC-6 itu terputus hubungan pada jam 2:29 petang selepas berlepas dari lapangan terbang berkenaan pada 2.25 petang waktu tempatan.
Pesawat kecil yang membawa tujuh penumpang dan tiga anak kapal itu dijadual mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Hasanuddin di Makassar pada 3.35 petang.
Ketua Pusat Penerangan dan Komunikasi Kementerian Perhubungan Indonesia, JA Barata, berkata pihaknya masih belum mendapat maklumat lengkap mengenai kedudukan pesawat itu.
Masamba ialah bandar kecil di Luwu Utara, Sulawesi Selatan dan Aviastar Mandiri ialah syarikat penerbangan tempatan Indonesia. - AFP
otter.jpg