Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Rabuan, Chong Wei dapat Datuk

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Melaka: Datuk Lee Chong Wei mengetuai senarai penerima darjah dan bintang kebesaran Melaka di kalangan ahli serta bekas jaguh sukan sempena Sambutan Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob.

Chong Wei bakal dianugerahkan Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang akan membawa gelaran Datuk Wira.

Bekas raja pecut Asia, Rabuan Pit yang juga anak kelahiran Melaka, bakal menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) membawa gelaran Datuk.

Ketua pasukan Melaka United selaku penjaring terbanyak Liga Perdana, Ilija Spasojevic yang berjaya membawa bola sepak Melaka menjuarai Liga Perdana akan menerima Bintang Cemerlang Melaka (BCM).

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Naim Abu Bakar, berkata anugerah adalah sebagai menghargai jasa mereka yang berjuang membawa nama Melaka dan Malaysia ke peringkat tertinggi dalam bidang sukan.

Katanya, anugerah itu juga mampu memberi semangat kepada ahli sukan yang lain untuk terus beraksi, sekali gus membawa kejayaan demi negeri dan negara tercinta.

"Saya mengucapkan tahniah kepada ahli sukan yang terpilih menerima anugerah kebesaran negeri kali ini," katanya.

Image: 

Melaka: Datuk Lee Chong Wei mengetuai senarai penerima darjah dan bintang kebesaran Melaka di kalangan ahli serta bekas jaguh sukan sempena Sambutan Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853