Kota Bharu: Pengurus Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kota Bharu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, hari ini.
Dia didakwa atas 13 pertuduhan pengubahan wang haram dan memperoleh rasuah berjumlah RM125,200, tiga tahun lalu.
Tertuduh, Arman Che Othman, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan di hadapan Hakim Nazri Ismail.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua tertuduh didakwa terbabit dengan pengubahan wang haram berjumlah RM64,200 di Public Bank Wakaf Siku di sini pada September 2013 hingga 18 Oktober 2014.
Kesalahan didakwa mengikut Seksyen41(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiyaan Keganasan 2001.
Bagi pertuduhan ketiga sehingga ke 13 tertuduh sebagai Pengurus TNB Tanah Merah didakwa memperoleh rasuah RM61,000 di Public Bank Tanah Merah, Wakaf Siku dan Kota Bharu antara Februari 2013 hingga Julai 2014.
Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Asmawi Abu Hanapiah menawarkan jaminan RM60,000 dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun peguam Shukri Mohamedyang mewakili tertuduh memohon jaminan munasabah.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM40,000 dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah.
Mahkamah menetapkan 15 November untuk pengurusan kes.
Tamat.
Kota Bharu: Pengurus Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kota Bharu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, hari ini.