Georgetown: Dua puluh ahli Pertubuhan Kebajikan Insan Mulia (PKIM) mengadakan bantahan secara aman, di sini, hari ini.
Mereka melakukan bantaran terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung Perhimpunan Bersih 5, di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), kira-kira 11 pagi ini.
Selain itu, mereka turut menyerahkan memorandum dan hadiah yang berbalut yang dikatakan penyapu sebagai simbolik bantahan kepada Guan Eng.
Ia diterima Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri, Zahir Zainul.
Presiden PKIM, Aminah Abdullah, berkata perhimpunan itu bagi membantah tindakan Guan Eng yang menyokong siri jelajah Bersih 5 di negeri ini.
Beliau berkata, sebagai rakyat pihaknya menolak sekeras-kerasnya perhimpunan itu yang boleh mencetuskan ancaman kepada ketenteraman dan keselamatan awam.
Katanya, sebagai pemimpin Guan Eng seharusnya membersihkan dirinya terlebih dahulu dalam kes tuduhan rasuah yang dihadapinya sebelum menyokong Bersih 5.
Georgetown: Dua puluh ahli Pertubuhan Kebajikan Insan Mulia (PKIM) mengadakan bantahan secara aman, di sini, hari ini.