Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

`Saya minta maaf'

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Kota Bharu: Kementerian Pendidikan Malaysia akan membayar balik jumlah tunggakan Elaun Wang Saku Pelajar (EWSP) penuntut kolej matrikulasi.

EWSP itu yang berjumlah RM15.75 juta adalah amaun tertangguh sejak Ogos hingga Oktober ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan, berkata bayaran itu akan dibuat pada 18 Oktober ini kepada 21,000 penuntut membabitkan 15 kolej matrikulasi di seluruh negara.

Katanya, setiap bulan penuntut sepatutnya menerima RM250 sebulan namun berlaku kelewatan bayaran elaun sejak tiga bulan lalu kerana KPM mengatur semula baki peruntukan kewangan sedia ada agar dapat digunakan secara optimum.

"Saya memohon maaf di atas kelewatan bayaran elaun ini, namun pihak kami tetap memandang serius perkara ini dan akan memastikan ia tidak berulang.

“Dalam tempoh itu, kami amat menjaga kebajikan penuntut dan mengambil inisiatif membantu mereka kurang berkemampuan seperti mengaktifkan program cafe angkat, sumbangan sarapan pagi secara percuma oleh pensyarah kepada penuntut," katanya selepas merasmian Larian Cergas Ceria Dutch Lady 2016 di Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Hashim 1, di sini, hari ini.

Image: 

Kota Bharu: Kementerian Pendidikan Malaysia akan membayar balik jumlah tunggakan Elaun Wang Saku Pelajar (EWSP) penuntut kolej matrikulasi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853