Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Syurga untukmu...

$
0
0
Utama

mohd.hasbi@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kira-kira 150 rakan serta saudara terdekat keluarga kanak-kanak mangsa bunuh, Noor Amila Edrus Norsham menghadiri upacara pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Batu 5, Jalan Ipoh di sini, tengah malam tadi.

Jenazah mangsa yang dibawa dari unit forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) selamat dikebumikan 12.30 tengah malam tadi.

Terdahulu, jenazah disembahyangkan di Surau Al Hijriah, Perumahan Awam DBKL Jinjang Utara di sini pada 11.30 malam.

Jenazah kemudiannya dibawa ke tanah perkuburan itu untuk disemadikan.

Mangsa berusia 5 tahun itu sebelum ini ditemui dibuang di dalam gaung di Kampung Kemensah, Hulu Klang.

Noor Amila Edrus dilaporkan hilang sejurus menunaikan solat Maghrib berjemaah di surau berdekatan rumah keluarganya, 11 Ogos lalu.

Berita berkaitan:

Sambung reman suspek kes bunuh Edrus

Apa salah, dosa mereka?

Nanti Edrus datang tidur dengan mak

Sangka bau haiwan mati

Dibunuh, dibuang dalam gaung

Hilang selepas solat Maghrib

Image: 