Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Ditembak cuba serang polis

$
0
0
Utama

Kalidevi@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Dua lelaki tempatan dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap ditembak mati polis kira-kira jam 4 pagi tadi di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berdekatan FRIM,Kepong.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor,Datuk Adnan Abdullah berkata, sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri dan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak yang melakukan tugas rondaan cegah jenayah Ops Cantas Khas terjumpa sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

Menurutnya, sebaik menyedari kenderaan pasukan berlambang PDRM, pemandu kereta itu memecut laju dan selain cuba melanggar kenderaan dinaiki anggota.

"Tidak cukup dengan itu,suspek juga melepaskan tembakan ke arah anggota polis dan bagi mempertahankan diri, anggota juga terpaksa melepaskan tembakan ke arah kereta suspek.

"Selepas memecut laju, kenderaan dinaiki suspek melanggar sebuah pokok di lokasi kejadian sebelum dua lelaki keluar dari kereta dan jatuh ke jalan, " katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Menurutnya, anggota yang bertugas menghubungi ambulans untuk memeriksa kedua-dua lelaki dan mendapati suspek berusia 20-an sudah meninggal dunia akibat kesan tembakan.

"Siasatan lanjut mendapati kedua-dua suspek memiliki pistol dan 11 paket dadah jenis syabu dalam pemilikan mereka.

"Kami turut menemui kad pengenalan milik individu lain bersama suspek dan berdasarkan identiti mereka, kedua-dua suspek dipercayai terbabit dalam empat kes pembunuhan di Lembah Klang termasuk kes tembak mati di Batu Caves pada bulan Mac lalu, " katanya.

Beliau berkata, identiti sebenar kedua-dua suspek selain pembabitan dalam kumpulan kongsi gelap sedang diperiksa dan pihaknya akan memaklumkan kepada media dalam tempoh masa 24 jam.

Image: 

Kuala Lumpur: Dua lelaki tempatan dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap ditembak mati polis kira-kira jam 4 pagi tadi di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berdekatan FRIM,Kepong.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853