Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Awas ancaman guna agama

$
0
0
Mutakhir

srul@hmetro.com.my

Lipis : Pemimpin dan ahli Barisan Nasional (BN) perlu mengukuhkan perpaduan bagi memelihara kemerdekaan negara daripada pelbagai ancaman termasuk penjajahan minda.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata semua pihak perlu sedar ancaman bertujuan untuk memecah-belahkan rakyat dengan menggunakan agama, alasan kebebasan bersuara dan hak asasi manusia.

"Kita perlu mengambil contoh seraut lidi mudah untuk dipatahkan berbanding apabila seberkas lidi yang disatukan.

“Oleh itu, kita perlu pastikan rakyat terus menghormati perbezaan agama dan kaum dengan mengekalkan semangat kecintaan dan sayangkan negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lipis, di sini, hari ini.

Image: 

Lipis : Pemimpin dan ahli Barisan Nasional (BN) perlu mengukuhkan perpaduan bagi memelihara kemerdekaan negara daripada pelbagai ancaman termasuk penjajahan minda.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853