Johor Bahru: Buku resipi Johor Palate kini diterjemah dalam Bahasa Melayu bertajuk Citarasa Johor: Resipi Tanjung Puteri.
Johor Palate meraih Anugerah Pertama Kulinari Warisan 2016 di Gourmand World Cookbook Awards di Yantai, Shandong, China, Mei lalu.
Hasil karya Datin Kalsom Taib, 74, dan Datin Hamidah Abdul Hamid, 66, itu dijual dengan harga RM100 senaskah.
Kalsom berkata, buku resipi versi Bahasa Melayu berkenaan boleh didapati di Pertubuhan Pemulihan Kawasan Johor (JARO) di Sungai Chat, bermula hari ini.
"Sempena memperkenalkan buku versi Bahasa Melayu, kami juga ingin menderma beberapa naskah kepada perpustakaan Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sultan Ibrahim (SIGS) yang juga tempat saya menimba ilmu selain Arkib Negara negeri Johor," katanya.
Beliau berkata demikian di sidang media sempena sesi memperkenalkan buku Citarasa Johor di Restoran Selasih di Sri Gelam.

Johor Bahru: Buku resipi Johor Palate kini diterjemah dalam Bahasa Melayu bertajuk Citarasa Johor: Resipi Tanjung Puteri.



