Mutakhir
Kuala Lumpur: Blok baru pembangkang antara PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) kini dikenali Gagasan Sejahtera (Gagasan).
Perkara itu diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sidang media khas bersama Presiden Ikatan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, hari ini.
Abdul Hadi berkata, walaupun ia adalah kerjasama baru, PAS tetap mempelawa mana-mana parti untuk menyertai Gagasan.
"Ingin ditekankan ini wadah baru perjuangan kami kerana wadah lama sudah berkubur.
"Namun kita tetap mempelawa mana-mana pihak asalkan sanggup menerima perjuangan kami," katanya.
Image:

Kuala Lumpur: Blok baru pembangkang antara PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) kini dikenali Gagasan Sejahtera (Gagasan).



