Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

`Awat ceq buat lagu tuu...'

$
0
0
Mutakhir

nurulhuda_kosnon@hmetro.com.my

REMAJA perempuan yang dilaporkan tidak pulang ke rumahnya di Daerah Sik, Kedah, sejak 10 Julai lalu, ditemui di Pekan Kuah, Langkawi, pada 9.30 pagi, hari ini.

Norasfarina Mohammad Asfanizam, 16 ditemui selamat selepas rakannya memaklumkan dia berada di pulau itu.

Bapanya, Mohammad Asfanizam Mat, 42, berkata anaknya itu bercuti di Langkawi.

"Sebelum kehilangan itu, dia ada memberitahu hendak meminjam motosikal ibunya untuk ke rumah rakannya berhampiran kawasan kediaman kami.

"Tapi, sehingga kira-kira 6 pagi, anak saya masih tidak pulang. Saya bimbang dan kemudian bertanya kepada rakannya yang lain.

"Pada awalnya mereka enggan memberitahu tapi selepas mendesak selain kehilangan anak saya menjadi viral di laman sosial, barulah mereka memaklumkan perkara sebenar," katanya ketika dihubungi Harian Metro di Kedah.

Katanya, dia turut dimaklumkan motosikal yang digunakan anaknya berada di Jeti Kuala Kedah.

Menurutnyam, dia ada menghubungi dan menghantar SMS kepada anaknya untuk memastikan keadaannya selain bertanyakan lokasi.

“Alhamdulillah, semuanya sudah selesai dan anak saya sudah pulang dengan selamat," katanya.

Image: 

REMAJA perempuan yang dilaporkan tidak pulang ke rumahnya di Daerah Sik, Kedah, sejak 10 Julai lalu, ditemui di Pekan Kuah, Langkawi, pada 9.30 pagi, hari ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853