Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

`Kejam', kata hakim

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Singapura: Rakyat Malaysia dipenjara 12 bulan, di sini, hari ini, atas tuduhan menyerang sepupu tunangnya kerana percaya mangsa menyebarkan khabar angin mengenai dirinya dan keluarga bakal isterinya.

Mohammed Hafian Suaily, 20, yang bekerja sebagai tukang cuci, menendang Norhayati Mohammad Abas, 24 , ketika mangsa tidur di atas tilam di lantai ruang tamu rumah, kira-kira 4 pagi, 6 Februari lalu.

Timbalan pendakwa raya Michelle Lu berkata, Mohammed Hafian turut menarik rambut mangsa untuk memaksanya bangun daripada tidur.

Apabila Norhayati duduk, dia menendang dekat mata kirinya, menyebabkan penglihatan mangsa kabur dan hidungnya berdarah.

Dia kemudian menamparnya dan memberi amaran, sekiranya tunangnya tidak pulang dalam masa sejam, dia akan membunuhnya.

Mohammed Hafian kemudian meninggalkan rumah yang mereka kongsi untuk mencari tunangnya berusia 18 tahun.

Norhayati kemudian meminta bantuan bapa saudaranya sebelum dia dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Mohammed Hafian dipenjara 12 bulan dan diarah membayar pampasan kira-kira RM2,000 kepada Norhayati selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kecederaan teruk kepada mangsa.

Ketika membacakan keputusannya, hakim Mahkamah Daerah Low Wee Ping menyifatkan tindakan tertuduh sebagai kejam.

Mohammed Hafian berkata, dia terlalu marah ketika itu dan sudah meminta maaf kepada mangsa.

Image: 

Singapura: Rakyat Malaysia dipenjara 12 bulan, di sini, hari ini, atas tuduhan menyerang sepupu tunangnya kerana percaya mangsa menyebarkan khabar angin mengenai dirinya dan keluarga bakal isterinya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853