Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Buru pelaku, tegak keadilan

$
0
0
Mutakhir

am@hmetro.com.my

Putrajaya: Kerajaan berharap dapat menerima kesimpulan awal berhubung nahas MH17 termasuk jenis senjata yang digunakan dan butiran lain berkaitan selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pihaknya bersama ahli Pasukan Siasatan Bersama (JIT), Australia, Belanda dan Ukraine penuh komited.

Katanya, mereka memutuskan tetap untuk mencari keadilan buat mangsa dan waris dengan membawa penjenayah yang bertanggungjawab ke atas kehilangan nyawa tidak berdosa.

"Menerusi siasatan jenayah JIT secara berterusan, kami berharap untuk menerima kesimpulan awal tragedi yang meragut 298 nyawa.

"Bagaimanapun, kami berharap masyarakat antarabangsa terus memberikan sokongan bagi memastikan pelaku nahas penerbangan MH17 dipertanggungjawabkan atas tindakan mereka," katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Image: 

Putrajaya: Kerajaan berharap dapat menerima kesimpulan awal berhubung nahas MH17 termasuk jenis senjata yang digunakan dan butiran lain berkaitan selewat-lewatnya hujung tahun ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853