Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Lemas dipukul ombak besar

$
0
0
Mutakhir

ardyhansah@hmetro.com.my

Beaufort: Remaja ditemui mati lemas, dekat sini, pagi ini, selepas dilaporkan hilang ketika mandi laut di Kampung Menumpang, Kuala Penyu, semalam.

Mayat Mohd Azuddin Ajol, 18, ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR), pada 7.15 pagi, tidak jauh dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata, mangsa bersama tiga lagi rakannya pergi ke pantai di kampung berkenaan untuk mandi.

"Hanya tiga daripada mereka termasuk mangsa yang turun mandi, manakala seorang lagi berada di tepi pantai.

"Menurutnya rakan mangsa, tiga sekawan dipukul ombak besar secara tiba-tiba menyebabkan mangsa hilang.

"Bagaimanapun, dua daripada remaja yang mandi itu berjaya berenang ke tepi pantai," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa ke Hospital Kuala Penyu untuk bedah siasat.

Image: 

Beaufort: Remaja ditemui mati lemas, dekat sini, pagi ini, selepas dilaporkan hilang ketika mandi laut di Kampung Menumpang, Kuala Penyu, semalam.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853