Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Dah 12 hari tak balik

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Dungun: Empat nelayan dari Kampung Baru Kuala Abang, di sini, dilaporkan hilang selepas keluar ke laut sejak 28 Jun lalu.

Tekong bot, Kamaruzaman Awi, 43, bersama adiknya, Roslin, 38, dan dua sepupu mereka, M Zamri Ab Rahman, 43, serta Abdullah Ab Rahman, 25, kali terakhir menghubungi keluarga, pada 7.30 malam, 28 Jun lalu.

Mereka memaklumkan berada di laut untuk memancing lima hari dan akan pulang sebelum Aidilfitri.

Kesemua mereka itu ke laut dengan menggunakan bot merah bernombor pendaftaran TFA 1174.

Berikutan itu, keluarga mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun, kira-kira 11 pagi semalam, bagi memaklumkan kehilangan mereka itu.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan pihaknya ada menerima laporan mengenai kehilangan keempat-empat nelayan terbabit.

Image: 

Dungun: Empat nelayan dari Kampung Baru Kuala Abang, di sini, dilaporkan hilang selepas keluar ke laut sejak 28 Jun lalu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853