TEMERLOH: Seratus tujuh rumah penduduk di sebelas kampung rosak selepas dilanda ribut, lewat petang semalam.
Antara terbabit ialah Kampung Tualang, Kampung Bukit Kemuning, Kampung Chengal, Kampung Paya Kechik dan Kampung Batu 1.
Selain itu, Kampung Haji Ali, Kampung Paya Dalam, Kampung Lompat, Taman Temerloh Jaya, Taman Temerloh Makmut, Taman Chengal dan Taman Bahagia, turut terbabit.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh, Hashnuddin Hussin, berkata kejadian berlaku pada 6.30 petang.
"Kita terima panggilan pada 6.35 petang,” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.
Menurutnya, sehingga 11 pagi ini, terdapat 107 kediaman yang dilaporkan rosak.
Katanya, anggaran awal jumlah kerugiaan penduduk kampung sudah mencecah RM600,000.

TEMERLOH: Seratus tujuh rumah penduduk di sebelas kampung rosak selepas dilanda ribut, lewat petang semalam.



