Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Penyerang `berat kaki', kata Joachim

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Paris: Jurulatih Jerman, Joachim Loew, bengang dengan prestasi barisan penyerangnya pada pertemuan 0-0 dengan Poland, awal pagi tadi.

Bagaimanapun, kedua-dua pasukan tampak berada di landasan betul untuk berada dalam kelompok 16.

“Jentera depan kali ini tidak banyak mencipta peluang. Barisan depan tidak pantas.

“Barisan Poland mudah memintas serangan kerana kami tidak pantas,” kata Loew.

Biarpun agak buntu, Loew mempertahankan keputusannya menurunkan Mario Goetze dalam kesebelasan utama berbanding meletakkan Mario Gomez daripada awal.

“Kedua-dua pasukan mempunyai pertahanan yang agak baik. Poland jelas sekali gemar bermain hantaran tinggi di kawasan penalti.

“Kerana itulah saya meletakkan Goetze sejak awal perlawanan supaya kami dapat bermain banyak hantaran bawah. Tapi, kami tidak dapat menggunakan cara itu.

Jurulatih Poland, Adam Nawalka memuji barisan pemainnya walaupun Lewandowski masih belum memperoleh sebarang jaringan.

Nawalka percaya kehadiran Lewandowski membuka peluang buat Arkadiusz Milik mencipta jaringan.

“Kami gembira dengan mata yang diperoleh. Cuma permainan bermula seolah-olah kami terlalu menghormati Jerman,” katanya.

jerman10

Image: 

Paris: Jurulatih Jerman, Joachim Loew, bengang dengan prestasi barisan penyerangnya pada pertemuan 0-0 dengan Poland, awal pagi tadi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853