Shah Alam: Juruteknik kapal terbang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Daish menerusi media sosial, dua tahun lalu.
Tertuduh, Saiful Bahari Ahmad, 49, mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di depan Majistret Siti Shakirah Mohtarudin.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.
Mengikut pertuduhan, bapa kepada dua anak itu didakwa dengan pengetahuan menggunakan media sosial Facebook (FB) miliknya untuk memberi sokongan kepada Daish untuk menggalakkan kumpulan pengganas itu di Pengkalan Udara Subang, dekat sini pada 7. 33 malam, 12 Jun 2014.
Justeru, dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 130 G ( 1) (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak lebih 30 tahun atau denda, dan boleh dilucut hak mana- mana harta yang sudah digunakan untuk melakukan kesalahan itu.
Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Selangor Roslan Mat Nor manakala tertuduh diwakili peguam Abdul Halim Mohamad Husin.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 19 Julai depan.
17616shah1
Shah Alam: Juruteknik kapal terbang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Daish menerusi media sosial, dua tahun lalu.