Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Tak sabar ke sekolah

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Baling: Remaja lelaki berfizikal perut besar disebabkan terdapat pasangan kembarnya yang menjadi viral sebelum ini gembira tubuhnya kembali normal dan tidak sabar ingin kembali ke sekolah.

Mohd Zul Shahril Saidin, 15, berkata, dia sudah tidak berasa malu untuk bertemu rakan sekolah yang sebelum ini mengejeknya kerana seperti orang mengandung.

Menurutnya, dia tidak sabar hendak sekolah meneruskan pengajian selepas terhenti sekian lama akibat berasa malu.

"€œSaya juga boleh berpuasa seperti biasa tahun ini dan sambutan Aidilfitri lebih bermakna tahun ini.

“Kalau dulu saya sering rasa sakit dan muntah-muntah selepas makan tetapi keadaan sekarang sudah pulih dan dapat berpuasa dengan baik serta berazam untuk berpuasa penuh sebulan bergantung nasihat doktor kerana mendapat rawatan susulan mengikut jadual yang ditetapkan,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Charok Kangar, Kupang, di sini, selepas menerima lawatan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Baling, Shamsul Izrin Isahak pagi tadi.

Terdahulu JKM Baling turut meluluskan bantuan bulanan RM300 kepada Mohd Zul memandangkan keluarga mereka dihimpit kesusahan untuk meringankan beban keluarga terbabit.

Kisah remaja terbabit baru-baru ini menjadi viral apabila tersebar gambar kembarnya yang cukup sifat berada di dalam perutnya selama 15 tahun menyebabkan terpaksa menjalani pembedahan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani.

09s

Image: 

09a

Image: 

Baling: Remaja lelaki berfizikal perut besar disebabkan terdapat pasangan kembarnya yang menjadi viral sebelum ini gembira tubuhnya kembali normal dan tidak sabar ingin kembali ke sekolah.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853