Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Padah simpan dokumen Daish

$
0
0
Utama

wanasr@hmetro.com.my

Manjung: Seorang kerani swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung di sini, atas tuduhan memiliki buku dan dokumen berkaitan perbuatan penganas militan Daish.

Rafidah Jumaat, 26, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Bistari, Ayer Tawar di sini.

Dia hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di depan Majistret Nur Shaqira Ibrahim.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanapun Nur Shaqira menetapkan sebutan semula pada 28 Julai ini untuk kes dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Farhana Hashim.

Terdahulu, tertuduh tiba di Mahkamah Majistret di sini, jam 9.15 pagi diiringi dua anggota polis dan menaiki kereta polis.

09daish

Image: 

Manjung: Seorang kerani swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung di sini, atas tuduhan memiliki buku dan dokumen berkaitan perbuatan penganas militan Daish.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853