Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Terbaik kapten!

$
0
0
Utama

mrizanizam@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: "Idea berpantun itu sudah lama saya buat sejak kira-kira setahun lalu sebagai tanda menghargai penumpang pesawat supaya mereka tidak bosan tetapi tidak sangka pula pantun terbaru dibuat Sabtu lalu 'jangan kau kata kapten tak payung' dan 'mi dalam cawan' menjadi viral sejak tiga hari lalu.

"Saya anggap penumpang itu tetamu yang datang ke rumah, jadi sudah tentu saya mahu memberi layanan sebaiknya supaya mereka terhibur," kata juruterbang AirAsia, Kapten Shahirul 'Alim Aminudin ketika dihubungi Harian Metro di sini, hari ini.

Kisah juruterbang berusia 39 tahun ini menjadi viral di media sosial sejak tiga hari lalu apabila seorang pengguna Facebook Izwah Ibrahim berkongsi audio pengumuman berdurasi 1 minit 15 saat yang dibuat kapten berkenaan ketika dia menaiki pesawat AirAsia AK700 perjalanan dari Singapura ke Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Dalam tulisannya, Izwah menyifatkan pengumuman dalam bahasa Inggeris sambil menyelitkan seloka pantun dalam bahasa Melayu yang dibuat Shahirul 'Alim sangat menghiburkan sehinggakan dia memberi perhatian penuh setiap bait yang dilontarkan juruterbang berkenaan.

Mengulas lanjut, Shahirul 'Alim berkata, dia menggunakan pendekatan berbeza ketika membuat pengumuman kerana mahu penumpang pesawat berasa selesa, dialu-alukan dan sentiasa dihargai walaupun menaiki penerbangan tambang murah.

09kapten

Image: 