KUALA LUMPUR: Dua beranak maut, manakala seorang lagi diselamatkan selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam sungai di Jalan Tanjung Malim, dari arah Sungai Besar menghala ke Gedangsa, Hulu Selangor, lewat malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira 11 malam itu, Nik Asif Nik Mat, 47, dan anak lelakinya Nik Afiq Farhan, 18, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai lemas kerana arus deras.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt R Supramaniam berkata, seorang lagi anak lelakinya, Nik Muhammad Fariss, yang memandu kereta itu, sempat diselamatkan.
Beliau berkata, kereta berkenaan dipercayai terbabas ke dalam sungai kerana hilang kawalan selepas melalui selekoh tajam.
"Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Baharu untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. - Bernama
5616lemas2