Kuala Kangsar: Calon Bebas Izzat Bukhari Ismail Bukhari menyifatkan dirinya sebagai penegak hukum agama apabila bertanding di PRK Kuala Kangsar.
Katanya, keputusan Barisan Nasional (BN) dan PAS meletakkan calon wanita sebenarnya tidak mengikut hukum menyebabkan dia terpanggil untuk menjadi calon.
"Dalam agama sudah sebut, pemimpin adalah orang lelaki. Sepatutnya bagilah pada yang layak. Ini tidak, dua wanita dijadikan calon," katanya.
Menurutnya, dia akan menggunakan semua saluran yang ada untuk berkempen dan yakin mempunyai kelebihan sebagai 'lelaki' untuk menjadi pemimpin.
Pada PRK Kuala Kangsar ini, dia yang juga bekas pensyarah sebuah Universiti Awam berdepan pertandingan empat penjuru antara calon BN Datin Mastura Mohd Yazid,Dr Najihatussallehah Ahmad ( PAS), dan Dr Ahmad Termizi Ramli (PAN).
06s
Kuala Kangsar: Calon Bebas Izzat Bukhari Ismail Bukhari menyifatkan dirinya sebagai penegak hukum agama apabila bertanding di PRK Kuala Kangsar.