Sungai Besar: Seperti dijangka Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), PAS dan Parti Amanah Negara (PAN).
Calon BN, Budiman Mohd Zohdi dicabar calon PAS, Dr Abdul Rani Osman dan calon PAN, Azhar Abdul Shukur.
Pengurus Pilihan Raya, Mohd Khairudin Md Som ketika mengumumkan senarai calon berkata, kedudukan calon di dalam kertas undi ialah Abdul Rani, Budiman dan Azhar.
"SPR menerima tiga kertas penamaan calon iaitu Budiman pada jam 9.3 pagi, Azhar pada jam 9.05 pagi dan Abdul Rani 9.12 pagi.
"Saya berpuas hati dan tiada yang ditolak. Calon yang sah ialah Abdul Rani, Budiman dan Azhar," katanya selepas proses penamaan calon di Dewan Seri Bernam di sini, hari ini.
PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan serentak pada 18 Jun sementara penamaan calon ditetapkan esok.
Kekosongan kedua-dua kerusi Parlimen itu berlaku selepas Datuk Wan Mohamad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Datuk Noriah Kasnon meninggal dunia akibat nahas helikopter pada 5 Mei lalu di Sebuyau, Sarawak.
06sgb
Sungai Besar: Seperti dijangka Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), PAS dan Parti Amanah Negara (PAN).