Kuala Lumpur: Malaysia Airlines (MAS) mengesahkah beberapa penumpang penerbangan MH1 dari London cedera akibat cuaca buruk ketika di ruang udara Teluk Bengal.
Pesawat terbabit selamat mendarat bersama 378 penumpang dan anak kapal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kira-kira 6 petang tadi.
Menurut kenyataan MAS di laman Facebook miliknya, penumpang yang cedera sudah menerima rawatan daripada pegawai perubatan.
MAS turut memohon maaf ke atas kesulitan yang dihadapi penumpang terbabit.
Namun, ramai pengguna Facebook turut menyatakan kesyukuran penumpang dan anak kapal selamat tiba pada bahagian komen kenyataan itu.
Pengguna Wani Wan Zain berkata, “Tidak mengapa. Anda sudah berusaha sebaik mungkin. Perkara ini di luar kawalan manusia.”
Sementara itu, pengguna Reiko Diana berpendapat MAS tidak perlu memohon maaf kerana kejadian itu di luar kawalannya.
5616mh1
Kuala Lumpur: Malaysia Airlines (MAS) mengesahkah beberapa penumpang penerbangan MH1 dari London cedera akibat cuaca buruk ketika di ruang udara Teluk Bengal.