Johor Bahru: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menitahkan Johor cuti peristiwa, esok, jika JDT menjuarai Piala FA, malam ini.
Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim, berkata perkara itu dititahkan sendiri tuanku selepas berbincang dengan ersama Menteri Besar Johor.
"Oleh itu, kerajaan negeri memutuskan untuk mengisytiharkan esok sebagai cuti peristiwa (tiada cuti ganti).
"Tuanku juga sudah menitahkan untuk Johor cuti peristiwa jika pasukan JDT menjuarai perlawanan malam ini," katanya ketika dihubungi.
Awal malam tadi, Ismail memberitahu tiada cuti buat Johor sebaliknya hanya ganjaran buat kepada pemain JDT jika berjaya memenangi perlawanan.
titahsultan
Johor Bahru: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menitahkan Johor cuti peristiwa, esok, jika JDT menjuarai Piala FA, malam ini.