Sibu: Dua warga emas teruja apabila mereka akhirnya dapat lesen memandu percubaan PDL kelas B2 melalui program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ).
Ting Hie Siong, 81, dan Chen Foong Siong, 66 yang menyertai program SKSJ Bawang Assan Ensurai anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bahagian Sibu itu turut lega kerana mereka tidak perlu lagi risau ditahan pihak berkuasa.
Ia sesuatu yang tidak akan mereka lupakan kerana peluang untuk mereka untuk mendapatkan lesen itu adalah tipis berikutan proses yang agak sukar sekarang.
“Hari ini saya rasa gembira sekali, sudah ada lesen memandu.
“Sekarang saya tidak perlu takut lagi kena saman polis atau JPJ kalau membawa motosikal ke pasar (bandar),” katanya sambil menambah dia bernasib baik kerana tidak pernah ditahan sebelum ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada penutupan program di SMK Bawang Assan di sini yang disempurnakan Pengarah Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ Malaysia, Ismail Mohd Zawawi yang mewakili Ketua Pengarah JPJ Malaysia Datuk Seri Ismail Ahmad.
Lelaki itu yang pernah bekerja sebagai jurugan bot penumpang yang beroperasi antara kampung halamannya di Lebaan dan Bandar Sibu selama kira-kira 30 tahun berkata, hasrat untuk memiliki lesen memandu terpaksa diketepikan kerana kesibukan tugas.
Oleh itu, katanya, apabila diberitahu JPJ Sibu akan menganjurkan program SKSJ berhampiran kampungnya yang memberi peluang kepada warga emas mendapat lesen menunggang motosikal, dia terus bersetuju menyertainya berikutan bayarannya hanya RM200 dan tidak perlu berulang-alik ke pusat bandar Sibu.
Sementara itu, Chen yang berasal dari Sungai Ensurai berkata, pada usia lanjut sebegini beliau tidak pernah mengimpikan untuk memiliki lesen memandu lagi.
“Saya amat senang hati kerana sudah ada lesen memandu yang sah,” kata wanita yang mengusahakan ternakan ayam sejak dua tahun lalu.
Lesen memandu itu akan memudahkan pergerakannya ke pusat bandar atau ke kedai-kedai membeli barangan keperluan dan tidak lagi dihantui perasaan takut disaman.
Sejumlah 400 penduduk luar bandar dari kawasan Bawang Assan telah menyertai program SKSJ.
pengarahbodoh
Sibu: Dua warga emas teruja apabila mereka akhirnya dapat lesen memandu percubaan PDL kelas B2 melalui program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ).