Kuala Lumpur: Polis menahan dua lelaki, masing-masing warga Nigeria dan Cameroon di Bukit Jalil, di sini, semalam, dipercayai terbabit dalam sindiket ‘Love Scam’.
Timbalan Pengarah Risikan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, SAC Roslan Abd Wahid, berkata suspek berusia antara 26-29 tahun itu ditahan oleh JSJK yang melakukan serbuan pada kira-kira 5 pagi.
Beliau berkata, kesemua suspek berkenaan dipercayai aktif melakukan kegiatan berkenaan sejak setahun lalu.
“Polis masih memburu baki ahli sindiket berkenaan,” katanya, hari ini.
Kesemua suspek kini ditahan reman tujuh hari bermula semalam, bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
gari200
Kuala Lumpur: Polis menahan dua lelaki, masing-masing warga Nigeria dan Cameroon di Bukit Jalil, di sini, semalam, dipercayai terbabit dalam sindiket ‘Love Scam’.