Madinah: Imam Masjid Nabawi, Sheikh Dr Muhammad Ayyub meninggal dunia pada 6.26 pagi waktu Madinah (12.26 tengah hari semalam waktu Malaysia)
Menurut catatan rasmi akaun Twitter @DR_MAyoub diberitakan jenazah Dr Muhammad Ayyub , 65, disembahyangkan di Masjid Nabawi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Baqi, Madinah.
Portal berita Hidayatullah.com melaporkan Dr Muhammad Ayyub sebelum ini pernah menjadi imam Masjid Nabawi pada 1989 sebelum berhenti dan kembali menggalas tanggungjawab itu tahun lalu.
Bagaimanapun, sehingga ini belum ada butiran lanjut mengenai punca kematian beliau.
Beliau yang lahir di Mekah, Arab Saudi, adalah juga Pensyarah dalam bidang Tafsir di Universiti Islam Madinah.
sedihnya
Madinah: Imam Masjid Nabawi, Sheikh Dr Muhammad Ayyub meninggal dunia pada 6.26 pagi waktu Madinah (12.26 tengah hari semalam waktu Malaysia)