Sungai Buloh: Banduan lelaki berusia 20-an maut selepas dipercayai ditikam dua banduan lain di Penjara Sungai Buloh, di sini, 12.30 tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Rozi Jidin, berkata siasatan awal mendapati mangsa ditikam menggunakan senjata tajam.
"Mangsa ditikam di belakang oleh dua suspek. Punca kejadian dipercayai membabitkan pergaduhan dua kumpulan dalam penjara," katanya dalam kenyataan media, malam tadi.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Mohd Rozi berkata mangsa sebelum ini dimasukkan ke penjara atas jenayah culik dilakukan.
pisau10
Sungai Buloh: Banduan lelaki berusia 20-an maut selepas dipercayai ditikam dua banduan lain di Penjara Sungai Buloh, di sini, 12.30 tengah hari semalam.