Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Syahadah bergema di stadium [METROTV]

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Sekurang-kurangnya tiga puluh ribu hadir mendengar ceramah Dr Zakir Naik di Stadium Hoki, Bukit Jalil, malam tadi.

Malam tadi juga, 30,000 hadirin itu menjadi saksi terhadap Hurender Bal Singh dari India dan wanita katolik yang mengucap syahadah di depan Dr Zakir Naik.

Pelbagai lapisan masyarakat termasuk bukan Islam dan rakyat asing hadir bagi mendengar ceramah bertajuk 'Is The Quran God's Word'.

Penonton memenuhi setiap ruang stadium termasuk di tengah-tengah padang.

Pendakwah terkenal itu menyampaikan ceramah selama lebih sejam sebelum diteruskan dengan dua jam sesi soal jawab.

Sesi berkenaan adalah tarikan utama orang ramai hadir ke program itu bagi mendengar hujah-hujah beliau selaku pakar perbandingan agama.

Dr Zakir yang kali keenam melawat Malaysia dalam ceramahnya berkata bahawa al-Quran bukan hasil karangan atau khayalan Nabi Muhammad SAW seperti yang didakwa oleh musuh-musuh Islam.

Beliau berkata, sebagai contohnya ayat al-Quran menceritakan kisah Nabi Nuh AS yang ribuan tahun sebelum Rasulullah SAW diutuskan.

"Secara logiknya adalah tidak masuk akal seorang bernama Muhammad SAW mampu menceritakan kisah Nabi Nuh AS sedangkan kisah nabi ketiga selepas Nabi Adam AS itu turut diceritakan dalam kitab-kitab lain yang turut diakui oleh agama samawi lain," katanya.

Katanya, banyak bukti-bukti dengan dalil naqli dan aqli yang membuktikan bahawa Nabi Muhammad SAW bukan pengarang al-Quran.

"Sebaliknya ia adalah kalam Allah Taala," katanya.

zakir30

Image: 

Kuala Lumpur: Sekurang-kurangnya tiga puluh ribu hadir mendengar ceramah Dr Zakir Naik di Stadium Hoki, Bukit Jalil, malam tadi.

30,000 di Bukit Jalil saksi ceramah Dr Zakir

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853