Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Semua masalah dah `settle'

$
0
0
Mutakhir

mhafis@hmetro.com.my

Alor Setar: Kes pengawal keselamatan SRJK Keat Hwa (S) Kampung Baru, di sini, mogok Khamis lalu, sudah diselesaikan secara baik apabila syarikat pengawal keselamatan menjelaskan bayaran gaji.

Pengarah Pendidikan Kedah, Datuk Azuyah Hassan, berkata Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah juga akan memantau dan mengambil tindakan ikut SOP terhadap syarikat itu jika masalah berulang.

Menurutnya, JPN dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Setar dan pihak sekolah terbabit sudah mengadakan sesi perbincangan, Jumaat lalu.

“Hasil siasatan, kita mendapati sepatutnya tidak timbul isu masalah kewangan syarikat pengawal keselamatan itu untuk membuat bayaran kerana ia menggunakan khidmat syarikat pemfaktoran dengan JPN membuat pembayaran terus kepada syarikat pemfaktoran terbabit.

“Kejadian itu juga hanya berlaku di Pos Kawalan SRJK Keat Hwa (S),” katanya pada sidang media di PPD Kota Setar, di sini, hari ini.

Harian Metro Jumaat lalu melaporkan hampir 100 orang membabitkan murid, guru dan kakitangan SRJK Keat Hwa (S) Kampung Baru, terganggu sesi persekolahan 30 minit apabila tidak dibenarkan masuk ke sekolah oleh pengawal keselamatan yang mengunci pagar utama.

Difahamkan, kejadian berlaku jam 6.30 pagi itu berpunca akibat tindakan mogok empat pengawal keselamatan terbabit.

mogkkk

Image: 

Alor Setar: Kes pengawal keselamatan SRJK Keat Hwa (S) Kampung Baru, di sini, mogok Khamis lalu, sudah diselesaikan secara baik apabila syarikat pengawal keselamatan menjelaskan bayaran gaji.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853