Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Resepi perkuat keselamatan Laut Sulu

$
0
0
Mutakhir

hanafis@metro.com.my

Kluang: Kementerian Pertahanan cadang rondaan bersama di Laut Sulu sebagai usaha menangani ancaman keganasan, sekali gus meningkatkan keselamatan di kawasan itu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata perlaksanaan itu akan dibincangkan dalam tempoh terdekat bersama Brunei, Filipina dan Indonesia.

Menurutnya, sudah tiba masanya kementerian melakukan keadah sama dilakukan di Selat Melaka yang terbukti mengurangkan kadar kes pencerobohan di perairan itu.

"Sebenarnya cadangan ini sudah dibentangkan di Mesyuarat Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) November lalu, namun ketika itu masa dirasakan masih belum sesuai

"Bagaimanapun insiden penculikan terbaru di kawasan perairan Laut Sulu meningkatkan kebimbangan kita terhadap tahap keselamatan di situ," katanya.

Beliau berkata demikian pada media selepas merasmikan Karnival Sukan Komuniti di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Sedohok di Kahang di sini, hari ini.

Semalam, empat pelaut warga Indonesia dipercayai diculik oleh kumpulan lelaki bersenjata Abu Sayyaf di perairan Filipina.

Enam anggota lain, termasuk seorang yang cedera berjaya melarikan diri ke Semporna di pantai timur Sabah.

Kejadian itu dipercayai berlaku di perairan Filipina, kira-kira 8 malam Jumaat.

Seorang daripada anak kapal melarikan diri dan cedera dihantar ke Semporna untuk rawatan perubatan manakala lima lagi belayar ke Lahad Datu bagi mendapatkan bantuan polis Malaysia.

butuu

Image: 

Kluang: Kementerian Pertahanan cadang rondaan bersama di Laut Sulu sebagai usaha menangani ancaman keganasan, sekali gus meningkatkan keselamatan di kawasan itu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853