Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Ahli dapat saham tambahan

$
0
0
Bisnes

asmah_rusman@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Bank Kerjasama Rakyat Berhad (Bank Rakyat) mengumumkan penambahan jumlah saham maksimum RM5,000 kepada anggota koperasinya yang hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan hari ini.

Pengumuman itu dibuat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam ucapan perasmiannya di Menara Berkembar Bank Rakyat.

Beliau berkata, berdasarkan rekod sedia ada, anggota koperasi berdaftar yang hadir pada mesyuarat kali ini hanya memiliki jumlah saham tidak melebihi RM2,000.

Beliau berkata, Bank Rakyat turut mensasarkan peningkatan penggunaan jumlah produk dalam kalangan anggota koperasinya sebanyak 20 peratus menjadi 60 peratus menjelang akhir tahun ini.

"Daripada analisis yang dilakukan kita dapati hanya 40 peratus daripada satu juta anggota koperasi iaitu kira-kira 400,000 adalah pengguna produk.

"Oleh itu, tahun ini kita sasarkan peningkatan sebanyak 200,000 anggota menjadi 600,000 pengguna produk melalui Program Transformasi Perlaksanaan Perhubungan Keanggotaan," katanya.

rakyatt

Image: 

Kuala Lumpur: Bank Kerjasama Rakyat Berhad (Bank Rakyat) mengumumkan penambahan jumlah saham maksimum RM5,000 kepada anggota koperasinya yang hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan hari ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853