Raub: Seorang pemandu jentolak meninggal dunia dalam keadaan mengerikan apabila kenderaan berat yang dipandu terbalik dan menghempapnya dalam kejadian di Hutan Simpan Krau, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.40 petang itu, mangsa, Wong Ah Kew, 66, yang tinggal di Taman Raub Jaya 5, dekat sini, maut di tempat kejadian sebelum mayat mangsa dibawa keluar sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Raub.
Ketua Polis Daerah Raub Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal mendapati, jentolak dipandu mangsa mengundur ketika melalui laluan mendaki bukit sebelum kenderaan berat itu terbalik ke belakang.
"Siasatan turut mendapati, mangsa yang berada di tempat duduk pemandu dipercayai tidak sempat terjun untuk menyelamatkan diri lalu ditindih kenderaan berat itu," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Beliau berkata, kejadian itu disedari beberapa pekerja lain selepas terdengar bunyi dentuman kuat lalu bergegas untuk melakukan pemeriksaan sebelum melihat jentolak dipandu mangsa terbalik dalam semak berhampiran.
Menurutnya, beberapa pekerja pembalakan cuba menarik keluar dalam usaha menyelamatkan mangsa namun gagal kerana tersepit di bahagian kepala sebelum mereka menghubungi Balai Polis Raub untuk meminta bantuan.
18maut
Raub: Seorang pemandu jentolak meninggal dunia dalam keadaan mengerikan apabila kenderaan berat yang dipandu terbalik dan menghempapnya dalam kejadian di Hutan Simpan Krau, dekat sini, semalam.