Chukai: Tujuh remaja lelaki ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes pukul membabitkan pelajar sebuah sekolah menengah di Kuala Terengganu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata, kesemua mereka itu berusia 14 tahun dan juga pelajar sekolah yang sama.
Menurutnya, berdasarkan siasatan kejadian itu berlaku pada Khamis lalu jam 3 petang apabila enam remaja bertindak membelasah mangsa yang juga berusia 14 tahun di satu lokasi serta seorang lagi bertindak merakam kejadian itu menggunakan telefon bimbit.
"Berikutan itu, video kejadian itu menjadi viral di laman sosial sebelum bapa mangsa bertindak membuat laporan polis.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan," katanya.
18pembuli
Chukai: Tujuh remaja lelaki ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes pukul membabitkan pelajar sebuah sekolah menengah di Kuala Terengganu.