Bangkok: Sekurang-kurangnya 12 terbunuh akibat letupan bom motosikal di luar sebuah kuil Hindu, Kuil Erawan yang terletak di persimpangan utama di tengah Bangkok, awal malam tadi.
"Apa yang saya boleh katakan sekarang ialah letupan di pusat bandar Bangkok membabitkan bom motosikal," kata Timbalan Ketua Polis Negara Aek Angsananond kepada Reuters.
Menurut polis di tempat kejadian dan pekerja penyelamat, 12 terbunuh manakala 20 lagi cedera. Seorang saksi di tempat kejadian berkata, dia melihat cebisan daging manusia berhampiran lokasi letupan,
Associated Press (AP) melaporkan, menurut polis antara mangsa yang cedera ialah rakyat asing.
Menuriut wartawan AP, dia nampak satu mayat dan anggota tubuh manusia manakala wartawan stesen televisyen Thailand, PBS berkata, dia melihat 12 mayat.
Letupan berlaku di persimpangan Rajprasong yang menjadi pusat demonstrasi anti kerajaan pada 2010 dan Kuil Erawan ialah antara lokasi tarikan pelancong.
Belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu. - Agensi
bomb1.jpg
bmb5.jpg
bmb6.jpg
bmb4.jpg
bmb3.jpg
bmb2.jpg
Bangkok: Sekurang-kurangnya 12 terbunuh akibat letupan bom motosikal di luar sebuah kuil Hindu, Kuil Erawan yang terletak di persimpangan utama di tengah Bangkok, awal malam tadi.