Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Bank Rakyat umum dividen 13 peratus

$
0
0
Utama

sofyan.rizal@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Bank Kerjasama Rakyat Berhad (Bank Rakyat) mengumumkan dividen tunai 13 peratus berjumlah RM385 juta kepada anggotanya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 bermula esok.

Pengerusinya, Jeneral (B) Tan Sri Abdul Aziz Zainal berkata, pihaknya sentiasa berusaha untuk mengekalkan jumlah dividen pada setiap tahun di mana Bank Rakyat adalah antara organisasi yang menawarkan pulangan dividen tinggi di negara ini.

"Bank Rakyat menyasarkan untuk mengekalkan pulangan dividen antara 13 hingga 16 peratus pada setiap tahun bagi memberi pulangan yang menggalakkan kepada ahli," katanya pada majlis pengumuman prestasi kewangan Bank Rakyat di sini, hari ini.

Dalam masa sama, Bank Rakyat akan membantu sektor koperasi dengan menyumbang dua peratus daripada keuntungan sebelum cukai dan zakat berjumlah RM39.2 juta kepada Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi.

Bank ini juga menyumbang satu peratus atau bersamaan RM19.6 juta kepada Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi di mana kedua-dua sumbangan bagi tahun lalu adalah sebanyak RM58.80 juta.

Images: 

23umum

Image: 
GN4id: 
13755496
Lead: 

Kuala Lumpur: Bank Kerjasama Rakyat Berhad (Bank Rakyat) mengumumkan dividen tunai 13 peratus berjumlah RM385 juta kepada anggotanya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 bermula esok.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853