Putrajaya: Dua kes baru strok haba dilaporkan iaitu masing-masing satu di Kedah dan Perak berdasarkan laporan diterima sehingga pagi ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan lima kes strok haba di seluruh negara.
"Tiga lagi ialah kes lama iaitu dua di Selangor dan satu di Segamat, Johor yang mengakibatkan kematian baru-baru ini," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Pada masa sama, Dr Subramaniam berkata, sebanyak 24 kes dilaporkan sehingga pagi ini di seluruh negara membabitkan keletihan haba.
Katanya, enam daripada 24 kes itu dirawat di klinik kesihatan manakala, selebihnya di hospital.
23haba
Putrajaya: Dua kes baru strok haba dilaporkan iaitu masing-masing satu di Kedah dan Perak berdasarkan laporan diterima sehingga pagi ini.