Brussels: Sekurang-kurangnya 10 disahkan terbunuh manakala beberapa lagi cedera akibat letupan bom dengan stesen televisyen VRT menyatakan ia adalah serangan nekad dengan penyerang meletupkan diri mereka di Lapangan Terbang Brussels petang ini waktu Malaysia.
Menurut stesen televisyen RTBF yang memetik sumber hospital, 30 lagi cedera dan dikejarkan ke hospital dengan pasukan keselamatan menutup perkhidmatan kereta api bawah tanah.
Reuters yang memetik agensi berita Belgan melaporkan, tembakan dan jeritan dalam bahasa Arab kedengaran sebelum dua letupan di balai berlepas.
Menurut agensi berita Belgan, polis menyatakan dua letupan kedengaran dengan imej di laman web RTBF menunjukkan asap kelihatan dari bangunan terminal serta tingkap pecah.
Menurut RTBF, letupan itu kedengaran tidak lama selepas 8 pagi waktu tempatan dan semua penerbangan masuk serta keluar dibatalkan.
Daily Mail melaporkan letupan berkenaan berlaku di kaunter daftar masuk American Airlines namun ia belum dapat disahkan
Belum ada sebarang pengesahan mengenai punca letupan yang berlaku berapa hari selepas penahanan Saleh Abdesalem di Brussels, Jumaat lalu, suspek utama serangan bom di Paris yang membunuh 130 orang pada November. Saleh diburu pihak berkuasa seluruh Eropah sejak empat bulan lalu.