PERKARANGAN Stadium Darul Aman, Alor Setar, 'meledak' apabila tiga ribu pengunjung menyaksikan konsert mini Jelajah Ledakan 25 Tahun Harian Metro bersama Yeo's, malam tadi.
Konsert menampilkan penyanyi popular seperti Maya Karin, Dayang Nurfaizah, 6ixth Sense, Indah Ruhaial dan Sandra.
Penyanyi rap Juzzthin turut membuat penampilan bersama Maya menerusi lagu Serik Dengan Cinta.
Pentas konsert dibuka dengan persembahan oleh Indah Ruhaila yang tampil menyampaikan lagu popularnya, Percayalah dan I Will Survive.
Kehangatan konsert diteruskan dengan persembahan Maya Karin bersama bandnya yang membawa lagu Skyfall, Zombie serta Serik Dengan Cinta bersama Juzzthin.
Pentas seterusnya menampilkan penyanyi baru, Sandra yang muncul daripada program realiti Mentor Legend dengan single popularnya, Hey Kau dan Price Tag.
Seterusnya, penonton bersorak apabila menyaksikan band 6ixth Sense mengambil alih pentas dan menyampaikan single terbaru berjudul Selamat Tinggal Cinta serta dua buah lagi popular mereka, 7 Kali Malam Minggu dan Menyesal.
6ixth Sense turut berduet dengan Sandra dalam lagu 7 Kali Malam Minggu.
Kemunculan Dayang Nurfaizah ternyata mendapat tepukan gemuruh ribuan penonton.
Dayang memukau penonton dengan dua lagu popularnya, Tak Pernah Menyerah dan lagu berhantu, Di Pintu Syurga.
Selain persembahan hebat daripada artis popular, penonton juga turut dihiburkan dengan kemunculan watak animasi popular Boboiboy dan Yaya serta acara cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah menarik daripada Yeo's.
PERKARANGAN Stadium Darul Aman, Alor Setar, 'meledak' apabila tiga ribu pengunjung menyaksikan konsert mini Jelajah Ledakan 25 Tahun Harian Metro bersama Yeo's, malam tadi.