Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Tiga sekawan cemas `member' hilang

$
0
0
Mutakhir

am@hmetro.com.my

Port Dickson: "Disebabkan terlalu lama menunggu, saya berjalan dan minta bantuan nelayan untuk keluar dari hutan ini," kata Ahmad Iqbal Zulkiflee.

Ahmad Iqbal, 22, yang dikatakan hilang di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, Telok Kemang, di sini, tetapi ditemui sejam kemudian.

Penuntut kolej swasta itu bersama tiga rakan kolej dikatakan sedang menuruni bukit di hutan itu sebelum kepenatan, kira-kira 8 malam.

"Permukaan laluan yang berbukit menyebabkan saya semakin tak larat. Selepas itu, rakan mula papah saya.

“Tapi, ketika berada kira-kira 100 meter dari jalan keluar, rakan pun kata mereka dah tidak larat.

"Mereka kemudian meninggalkan saya di satu lokasi dan keluar bagi mendapatkan bantuan.

"Lama sangat tunggu. Saya pun jadi takut. Oleh itu, saya buat keputusan cari bantuan sendiri. Kemudian saya terserempak nelayan tidak jauh dari lokasi," katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Telok Kemang, Mazlan Hamid, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum menggerakkan lapan anggota ke lokasi.

"Sebaik tiba, kami dibantu tujuh orang awam dan tiga rakan mangsa untuk mengesan kedudukan Ahmad Iqbal.

"Bagaimanapun, Mohd Iqbal ditemui selamat oleh anggota kami yang menunggu di pondok pengawal Tanjung Tuan," katanya.

Images: 

sesatt

Image: 
GN4id: 
13438929
Lead: 

Port Dickson: "Disebabkan terlalu lama menunggu, saya berjalan dan minta bantuan nelayan untuk keluar dari hutan ini," kata Ahmad Iqbal Zulkiflee.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853