PELUMBA berbasikal trek negara, Fatehah Mustapa mengesahkan tiket ke Olimpik Rio menerusi acara pecut individu selepas berakhirnya pusingan kelayakan di Kejohanan Trek Dunia, London, hari ini.
Kejohanan Trek Dunia adalah medan terakhir setiap pelumba untuk mengumpul mata ke Olimpik Rio.
Fatehah meraih tiket pelumba kedua terbaik dari benua Asia di belakang pelumba Hong Kong, Lee Wai Sze dalam ranking kelayakan Olimpik Rio.
Secara tidak rasmi selepas aksi di London itu, pelumba dari Terengganu itu mengumpul 311 mata dengan pencabar terdekatnya, Kayono Maeda dari Jepun meraih 206 mata.
Terdahulu pada pusingan kelayakan di Kejohanan Trek Dunia, Fatehah dan Maeda gagal melepasi pusingan pertama apabila masing-masing berada pada kedudukan ke-25 dan 31.
fatehahhh
PELUMBA berbasikal trek negara, Fatehah Mustapa mengesahkan tiket ke Olimpik Rio menerusi acara pecut individu selepas berakhirnya pusingan kelayakan di Kejohanan Trek Dunia, London, hari ini.