Kepala Batas: Jabatan Pendidikan Kedah sudah mengetahui isu `handle’ basikal yang berlaku antara murid dan guru sekolah di Tikam Batu, Rabu lalu.
Pengarah Pendidikan Kedah, Datuk Azuyah Hassan, berkata pihaknya sudah dimaklumkan dan akan menjalankan siasatan lanjut.
Menurutnya, laporan siasatan kes terbabit akan dihantar ke Kementerian Pendidikan Malaysia untuk tindakan selanjutnya mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP).
Sementara itu, Jamsari Mohamed Hassan, 45, ayah kepada Khairul Najwan, 12, yang kini trauma selepas mendakwa dikasari guru berkata: "Saya tidak kisah jika anak dirotan kerana langgar peraturan sekolah.
“Namun, tindakan guru terbabit agak keterlaluan hanya disebabkan isu pemegang basikal.”
Jamsari berkata, pemegang basikal anaknya berkeadaan sedemikian selepas dipateri kerana patah.
Selain itu, katanya: “Saya ada menghubungi guru itu untuk mendapatkan penjelasan namun dia beritahu terpulang kepada saya untuk mengambil apa saja tindakan.”
handell
Kepala Batas: Jabatan Pendidikan Kedah sudah mengetahui isu `handle’ basikal yang berlaku antara murid dan guru sekolah di Tikam Batu, Rabu lalu.