Kluang: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengarahkan Jabatan Imigresen Malaysia gempur sektor perniagaan menggunakan khidmat pekerja asing di barisan hadapan.
Arahan itu akan menjuruskan tumpuan khusus di restoran dan perniagaan barangan runcit.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata pemantauan kini lebih tertumpu kepada majikan mengambil kesempatan meletakkan pekerja asing di depan sekali gus menghalang rakyat tempatan mendapat pekerjaan.
Malah, bandar utama seperti di Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Johor Bahru antara yang menjadi lokasi utama perlaksanaan yang akan dijalankan dalam tempoh terdekat.
"Sehingga ini, hanya kerja di bahagian dapur sahaja yang dibenarkan mengguna pekerja asing untuk di kedai makan.
“Namun berbeza dengan senario kini apabila majikan kebanyakannya meletakkan pekerja asing ini di barisan hadapan seperti juruwang dan pelayan restoran," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, perlaksanaan itu akan dijalankan dalam tempoh terdekat.
“Kami akan mengambil tindakan tegas dan hukuman yang setimpal akan dikenakan kepada mereka sekiranya masih menggunakan khidmat pekerja asing," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015, Jabatan Penjara Malaysia Zon Selatan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kluang, di sini, hari ini.
gempurr
Kluang: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengarahkan Jabatan Imigresen Malaysia gempur sektor perniagaan menggunakan khidmat pekerja asing di barisan hadapan.