Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Polis tak edar emel tu

$
0
0
Mutakhir

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) kesan penyebaran emel palsu menggunakan tandatangan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh untuk menipu orang ramai.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urus Setia KPN, Datin Asmawati Ahmad, berkata penyebaran emel dilakukan pihak tidak bertanggungjawab itu memaklumkan kononnya mereka mempunyai dana dalam POSB Bank di Singapura.

"Penerima emel kemudian diminta menghubungi lelaki bernama JK Ritchie yang dikatakan pengurus POSB Bank untuk memberikan butiran peribadi kononnya bagi memudahkan pemindahan dana ke bank penerima," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, PDRM menafikan sekerasnya penyebaran emel itu yang jelas adalah palsu dan Mohmad Salleh tidak terbabit dengan penyebarannya.

Katanya, orang ramai yang menerima emel itu agar tidak menghubungi individu yang dinyatakan kerana ia satu bentuk penipuan.

Images: 

emaill

Image: 
GN4id: 
13434615
Lead: 

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) kesan penyebaran emel palsu menggunakan tandatangan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh untuk menipu orang ramai.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853