Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all 7853 articles
Browse latest View live

Malaysia jumpa Vietnam di final

$
0
0
Utama

firdaushashim@nstp.com.my

BEKAS juara 2008, Vietnam menempah pertemuan dengan Malaysia di perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 apabila menewaskan Filipina menerusi agregat 4-2 di separuh akhir kedua, malam ini.

Pertembungan final itu pasti menarik terutamanya selepas skuad Harimau Malaya berjaya mengenepikan tentangan juara bertahan, Thailand di Bangkok, semalam.

Perlawanan akhir itu juga pastinya ditunggu-tunggu oleh pemain negara untuk membalas 'dendam' selepas tewas 0-2 kepada Vietnam di peringkat Kumpulan A sebelum ini.

Pada aksi di Hanoi itu, Filipina yang terdesak untuk memburu dua gol selepas tumbang 2-1 pada separuh akhir pertama jelas menguasai babak pertama, namun dikecewakan dengan aksi mantap pertahanan tuan rumah yang berjaya mematahkan segenap percubaan Filipina.

Bagaimanapun, Vietnam terlebih dulu memecah kebuntuan menerusi penyerang licik mereka, Nguyen Quang pada minit ke-83 sebelum Nguyen Phuong menambah gol kedua tiga minit kemudian.

Pelawat cuba bangkit hasil tandukan James Younghusband, namun ia masih tidak cukup untuk menghalang Vietnam ke final.

Final pertama akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa ini, manakala aksi timbal balik di Hanoi pada Sabtu depan.

 

Image: 

BEKAS juara 2008, Vietnam menempah pertemuan dengan Malaysia di perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 apabila menewaskan Filipina menerusi agregat 4-2 di separuh akhir kedua, malam ini.


'Aku yang pakai, kau yang panas...'

$
0
0
Utama

sudirman@hmetro.com.my

“AKU yang pakai, kau yang panas,” kata pelakon Rozita Che Wan apabila penampilannya dikritik pengguna laman sosial ketika menyaksikan perlawanan bola sepak separuh akhir Piala AFF 2018 membabitkan Malaysia menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, baru-baru ini.

Rozita atau mesra disapa Che Ta menarik perhatian netizen dengan gaya bulu mata palsu, baju ‘jumper’ berwarna kuning dan memakai but.

“Bulu mata palsu saya memang sentiasa pakai. Saya ada jersi warna biru tapi sudah pakai sebelum ini, jadi takkan ulang pakai baju sama. Saya pakai but sebab kaki kan aurat. Lagi pula apa masalah tengok bola pakai but?

“Mereka kata saya berpeluh-peluh pakai macam itu. Macam mereka mana tahu? Saya setitik peluh pun tak rasa keluar. Saya dapat tiket VVIP sebab adik ipar kapten Malaysia. Tidak perlu beratur nak masuk stadium,” katanya.

Che Ta berkata, penampilan itu paling ringkas jika mahu dibandingkan dengan penampilan kebiasaannya.

“’Over’ sangatkah? Bagi saya ia sangat ringkas dengan memakai jumper, ‘tights’ dan but. Saya pula jenis takkan keluar rumah pakai kemeja dan seluar jeans. Tidak sama sekali.

“Sekurang-kurangnya saya akan sarungkan dengan jaket. Sebabnya nanti sejuk dan boleh demam. Kenapa tak pakai ‘sport shoes’? Saya bukan tomboy. Kalau beli, saya pakai sekali saja dan berikan kepada anak,” katanya.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen memuji penampilan Che Ta kerana dianggap berani dan luar biasa.

“Apa salahnya kalau jadi inspirasi untuk pergi tengok bola selepas ini. Jadi lebih meriahlah.

“Tetapi, jangan pula dah pakai ‘meletup’ duduk diam saja. Kena meriah juga macam saya,” katanya.

Image: 

“AKU yang pakai, kau yang panas,” kata pelakon Rozita Che Wan apabila penampilannya dikritik pengguna laman sosial ketika menyaksikan perlawanan bola sepak separuh akhir Piala AFF 2018 membabitkan Malaysia menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, baru-baru ini.

Tahniah Pekin dan Mona...

$
0
0
Utama

najiy.jefri@hmetro.com.my

PELAKON Amyza Adnan mengucapkan tahniah kepada pasangan selebriti Pekin Ibrahim dan Mona Allen yang dikhabarkan mendirikan rumah tangga hari ini.

Amyza menerusi akaun Instagram berkata, dia turut mendoakan agar perkahwinan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.

"Selamat pengantin baru Mona Allen dan suami Pekin Ibrahim.

"Semoga bahagia berkekalan hingga ke Jannah," tulisnya di Instagram.

Sementara itu, usaha Harian Metro untuk menghubungi Pekin dan Mona menerusi telefon bimbitnya dan aplikasi WhatsApp tidak berjaya apabila mereka tidak menjawab dan membalas mesej berkenaan.

Terdahulu tersebar gambar perkahwinan mereka dalam kalangan artis yang menghadiri majlis berkenaan.

Image: 

PELAKON Amyza Adnan mengucapkan tahniah kepada pasangan selebriti Pekin Ibrahim dan Mona Allen yang dikhabarkan mendirikan rumah tangga hari ini.

'Jangan kecewakan saya dan negara'

$
0
0
Utama

PUTRAJAYA: "Jangan kecewakan saya dan negara kita,” kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan menyaksikan perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Bukit Jalil, membabitkan Malaysia menentang Vietnam pada 11 Disember ini.

Dalam pertemuan untuk menyuntik semangat skuad Harimau Malaya di Perdana Putra di sini hari ini, Dr Mahathir berkata melalui kemenangan, kebolehan negara dapat dibanggakan.

“Kita nak cari kemenangan kerana kita nak berbangga dengan kebolehan negara kita.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita bertanggungjawab mempertahankan maruah dan kehormatan negara,” katanya yang berharap skuad Harimau Malaya akan lakukan yang terbaik untuk mendapat kemenangan.

Pada pertemuan yang dihadiri Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, ketua jurulatih skuad Harimau Malaya Tan Cheng Hoe, dan kapten, Zaquan Adha Abd Razak, Hamidin juga menyampaikan jersi nombor 7 kepada Dr Mahathir.

Malaysia akan bertemu Vietnam pada pentas akhir Piala AFF yang akan menggunakan format timbal balik, dengan skuad negara bakal melayan kunjungan Vietnam pada 11 Disember, sebelum aksi kedua di Hanoi, pada 15 Disember.

Dr Mahathir dalam pertemuan itu turut berpesan agar pemain berdisiplin khususnya menjaga masa rehat dan berlatih bersungguh-sungguh dan semangat untuk mendapat kemenangan.

“Saya harap anda bekerja keras dan banyakkan berlatih. Hidup, tidur dan fikir hanya bola dan menang untuk Malaysia,” katanya.

Dr Mahathir turut menyatakan hasratnya untuk melihat pasukan Malaysia melayakkan diri ke saingan Piala Dunia.

“Bola sepak adalah satu sukan yang dahulunya Malaysia kuat dan kerap menang. Sekarang, kita ketinggalan," katanya.

Beliau berkata, negara Jepun telah mencapai kejayaan yang cukup pantas dan amat baik sedangkan dahulu mereka berada di belakang Malaysia dalam sukan bola sepak.

“Disebabkan mereka berlatih bersungguh-sungguh, Jepun telah maju dalam bola sepak sehingga dapat beraksi di Piala Dunia. Jadi, saya nak lihat pasukan Malaysia akan beraksi dalam Piala Dunia satu hari nanti,” katanya.

  • Lagi berita Piala AFF
  • Image: 

    PUTRAJAYA: "Jangan kecewakan saya dan negara kita,” kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan menyaksikan perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Bukit Jalil, membabitkan Malaysia menentang Vietnam pada 11 Disember ini.

    Bahaya betul perbuatan ni...

    $
    0
    0
    Utama

    cnews@nstp.com.my

    LELAKI ditahan selepas memandu lori tangki secara berbahaya dan melawan arus di Kilometer 27, Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) menghala ke Teluk Panglima Garang, Kuala Langat, semalam.

    Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, pemandu lori tangki berusia 59 tahun itu ditahan di kawasan rehat dan rawat Tanjung Dua Belas pada 6 petang.

    “Kami menerima aduan daripada seorang pemandu yang sempat mengelak ke arah kiri daripada melanggar lori tangki yang dipandu suspek di lorong kanan lebuh raya.

    “Berdasarkan aduan daripada pengadu dan satu video tular di media sosial menunjukkan lori tangki terbabit dipandu secara melawan arus, sepasukan polis peronda dikerah untuk mengesan lori tangki terbabit.

    “Pasukan berkenaan kemudian menahan pemandu itu di kawasan rehat dan rawat Tanjung Dua Belas,” katanya dalam satu kenyataan.

    Azman berkata, hasil semakan mendapati pemandu berkenaan memiliki saman tertunggak atas kesalahan menggunakan alat telekomunikasi semasa memandu dan memotong secara berbahaya.

    “Kami akan menjalankan ujian darah dan air kencing ke atas pemandu terbabit bagi mengesan sebarang penggunaan bahan terlarang.

    “Suspek akan dibawa ke mahkamah esok bagi mendapatkan perintah reman kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

    Terdahulu, dua video masing-masing berdurasi 32 saat dan 6 saat tular di media sosial menunjukkan sebuah lori tangki dipandu secara melawan arus di sebuah lebuh raya.

    Image: 

    LELAKI ditahan selepas memandu lori tangki secara berbahaya dan melawan arus di Kilometer 27, Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) menghala ke Teluk Panglima Garang, Kuala Langat, semalam.

    Natasha nikah kali keempat...

    $
    0
    0
    Utama

    mohd.zulkifli@nstp.com.my

    KOTA BHARU: Pelakon, Natasha Hudson sah melangsungkan pernikahan buat kali keempat dengan seorang usahawan dari negeri ini, Noor Nashriq Sekarnor, malam tadi.

    Majlis secara sederhana yang dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat pasangan itu berlangsung di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, di sini.

    Berita itu dinyatakan adik pelakon berkenaan, Tania Hudson selepas memuat naik beberapa gambar bersama kakaknya di Instagram (IG) Story, selain ucapan tahniah.

    "Kepada kakak saya yang cantik, saya akan sentiasa berada di sisi kamu tidak kira apa pun," tulisnya.

    Usaha NSTP untuk menghubungi Natasha atau Natasha Liana Hudson 36, sejak tengah hari tadi belum membuahkan hasil apabila gagal dihubungi, selain tidak membalas mesej yang dihantar.

    Akhbar pada Oktober lalu melaporkan bintang filem Chermin itu mengakui sudah bercerai dengan bekas suami, Carleed Khaza atau Khalid Kamal yang dinikahinya pada April 2012.

    Sepanjang enam tahun berkahwin, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Naeema Kalila dan Faatimah.

    Sebelum itu, Natasha juga pernah berkahwin dengan Mohd Faiz Mohd Raih pada 2006 namun rumah tangga mereka hanya bertahan selama empat bulan, sebelum melangsungkan perkahwinan dengan Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007 yang hanya bertahan selama dua tahun.

    Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Neesa Helena.

    Image: 

    KOTA BHARU: Pelakon, Natasha Hudson sah melangsungkan pernikahan buat kali keempat dengan seorang usahawan dari negeri ini, Noor Nashriq Sekarnor, malam tadi.

    Empat maut, dua kereta bertembung

    $
    0
    0
    Utama

    cnews@nstp.com.my

    EMPAT termasuk tiga sekeluarga maut selepas kereta dinaiki masing-masing bertembung dalam kemalangan di Kilometer 16 Jalan Lipis-Benta berhampiran Simpang Taman Jelai, Lipis, hari ini.

    Mangsa yang meninggal dunia ialah pemandu Proton Waja, Mukhtar Hassan, 52, dan isteri Khatijah Hussin, 61, serta cucunya, Ahmad Fakhrul Muslim Ahmad Ridhwan, 2, dari Taman Kelaboran Jaya, Tumpat, Kelantan.

    Turut maut adalah pemandu Perodua Myvi yang juga anggota tentera, Muhamad Samsol Kamal Mat Arifin, 22, yang bertugas di Kem Kementah, Kuala Lumpur.

    Ketua Polis Daerah Lipis Superintendan Azry Akmar Ayob berkata, dalam kejadian pada 3.50 petang, Proton Waja dikatakan dalam perjalanan dari arah Benta menghala ke Kuala Lipis, manakala Perodua Myvi dari arah bertentangan.

    “Bagaimanapun, sebaik tiba di tempat kejadian, pemandu Perodua Myvi dipercayai tidak lepas memotong kenderaan lain menyebabkannya bertembung dengan Proton Waja yang ketika itu dinaiki oleh lapan orang termasuk pemandu.

    “Akibat kemalangan berkenaan, Khatijah dan Muhamad Samsol Kamal maut di tempat kejadian, manakala Mukhtar dan Ahmad Fakhrul Muslim meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lipis,” katanya dalam satu kenyataan media.

    Azry Akmar berkata, mangsa yang cedera parah pula adalah anak Mukhtar, Zalimawati, 34, dan anaknya, Zulaikha Basyirah Ahmad Ridwan, 10, yang kini masih dirawat di zon merah Hospital Kuala Lipis.

    “Empat lagi mangsa termasuk isteri kepada anggota tentera (Muhammad Shamsol Kamal) cedera ringan dan turut dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk rawatan lanjut,” katanya.

    Katanya, siasatan mendapati kejadian berlaku di jalan yang berselekoh, manakala sewaktu kejadian hujan renyai-renyai serta jalan basah.

    “Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kuala Lipis untuk proses bedah siasat.

    “Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Kita minta saksi bebas untuk tampil membantu siasatan kejadian,” katanya.

    Image: 

    EMPAT termasuk tiga sekeluarga maut selepas kereta dinaiki masing-masing bertembung dalam kemalangan di Kilometer 16 Jalan Lipis-Benta berhampiran Simpang Taman Jelai, Lipis, hari ini.

    Beri makan tak sentuh pun...

    $
    0
    0
    Utama

    georgie@hmetro.com.my

    PENYANYI Yasin Sulaiman menganggap fotonya bersama dua ekor anjing yang dimuat naik di Instagram sekadar perkongsian pengalamannya dengan haiwan itu.

    Yasin, 43, berkata pengalaman itu perkara yang baik untuk dikongsinya meskipun pastinya ada sesetengah pihak memandang sinis.

    “Saya cuma memberi makan kepada anjing itu dan tidak menyentuhnya pun. Kejadian berlaku sewaktu saya dan abang mendaki Bukit Tabur pagi ini.

    “Mulanya kami terkejut apabila empat ekor anjing muncul tapi tak risau pun disebabkan haiwan berkenaan sangat mesra. Lebih menarik, haiwan itu mengekori kami naik sampai atas hinggalah turun bawah.

    “Sewaktu menjamah roti yang kami bawa bersama, saya kongsikannya kepada haiwan itu. Haiwan itu pun nampak sangat gembira dapat makanan,” katanya.

    Menurut penyanyi Mimpi Laila itu, dia ragu-ragu juga untuk memuat naik foto berkenaan awalnya.

    “Sebelum memuat naik foto itu, saya sempat meminta pendapat dengan abang saya sama ada patut atau tidak kongsikannya. Tapi bila fikir-fikirkan balik, buat apa saya nak risau sebab tak ada isu pun,” katanya.

    Image: 

    PENYANYI Yasin Sulaiman menganggap fotonya bersama dua ekor anjing yang dimuat naik di Instagram sekadar perkongsian pengalamannya dengan haiwan itu.


    Nak tengok daddy main final...

    $
    0
    0
    Utama

    sudirman@hmetro.com.my

    “RAYYAN harap daddy sihat dan boleh main esok. Jadi, boleh Rayyan dan adik tengok daddy di TV,” kata anak sulung pelakon Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan, 9, mengenai bapanya, Aidil Zafuan Abd Radzak, pemain skuad kebangsaan yang menentang Vietnam dalam perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam esok.

    Rayyan berkata, minggu lalu dia tidak berpeluang menyaksikan Aidil Zafuan bermain apabila pemain pertahanan Harimau Malaya itu mengalami kecederaan.

    Menurut Rayyan, jika bapanya diturunkan dalam kesebelasan utama, dia berharap Aidil Zafuan boleh menjaringkan gol.

    “Rayyan bertanya pada mummy juga di mana daddy? Mummy kata daddy cedera dan sebab itu Thailand dapat jaringkan gol. Kalau daddy ada mesti takkan gol.

    “Jadi, Rayyan, adik dan mummy sentiasa doakan daddy sihat dan boleh beraksi dengan baik. Mummy cakap nak bawa Rayyan tengok di kedai mamak esok.

    “Tak dapat tengok daddy depan mata pun tak apa asalkan dapat tengok dia bermain. Semoga pasukan Malaysia menang,“ katanya kepada Harian Metro ketika ditemui.

    Sementara itu, Rita mengakui mendapat pelawaan daripada pelbagai pihak untuk menyaksikan final itu tetapi dia menolaknya dengan baik.

    “Diakui, sejak dari awal kejohanan lagi ramai pihak nak beri tiket. Begitu juga untuk perlawanan esok, tetapi saya menolaknya. Namun, jika jemputan itu datang daripada Aidil Zafuan sendiri, mungkin saya boleh pertimbangkan.

    “Apa pun, jika tak dapat ke stadium saya tetap akan sokong pasukan Malaysia. Semoga Aidil sihat dan boleh bermain dengan cemerlang,” katanya.

    Seorang lagi anak Rita ialah Airit Qaqa Arjuana, 7.

    Image: 

    “RAYYAN harap daddy sihat dan boleh main esok. Jadi, boleh Rayyan dan adik tengok daddy di TV,” kata anak sulung pelakon Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan, 9, mengenai bapanya, Aidil Zafuan Abd Radzak, pemain skuad kebangsaan yang menentang Vietnam dalam perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam esok.

    'Seronok boleh menyakat'

    $
    0
    0
    Utama

    redzuan.muharam@hmetro.com.my

    “APA yang saya lakukan ini bukan untuk menarik perhatian sesiapa, sebaliknya kerana minat beriadah dengan cara sebegini,” kata lelaki mahu dikenali sebagai Red yang aktif menyertai aktiviti larian dengan memakai kostum adiwira ‘Deadpool’.

    Red berkata, dia mula menyertai aktiviti larian pada 2014, namun ketika itu penyertaannya sekadar mengisi masa lapang.

    Menurutnya, selepas sering kali menyertai acara larian, dia merasakan aktiviti itu memberi kepuasan dan dia mula aktif mengambil bahagian sejak 2015 sehingga kini.

    Katanya, pada mulanya, dia berlari tanpa memakai kostum, namun memilih untuk mengenakannya kerana menyedari lariannya tidak sepantas pelari lain.

    “Ikutkan, saya mula memakai kostum ketika berlari pada tahun ini sejak kembali aktif selepas setahun berehat pada tahun lalu.

    “Saya pilih untuk tampil dengan imej sebegini ketika menyertai acara kerana suka menyakat orang lain, jadi dengan memakai kostum saya dapat menghiburkan peserta lain supaya mereka tidak tertekan begitu tertekan ketika berlari.

    “Ini kerana bagi saya, aktiviti ini adalah satu riadah yang menyeronokkan dan mewujudkan persaingan sihat jadi penting untuk kekal positif sepanjang larian,” katanya.

    Menurutnya, sehingga kini, dia selesa memakai kostum ketika berlari walaupun persalinan itu menutup kesemua bahagian badannya termasuk mulut dan hidung.

    Katanya, cabarannya adalah untuk bernafas dengan oksigen rendah tetapi disebabkan sudah terbiasa, dia tidak berdepan masalah ketika berlari walaupun pada jarak jauh.

    “Pada mulanya, saya sangkakan susah untuk berlari dengan memakai kostum dan risau juga sekiranya tidak dapat bertahan sehingga ke garisan penamat.

    “Namun, kegusaran itu hilang apabila sudah dapat membiasakan diri dengannya, malah saya pernah menamatkan larian pada jarak 21 kilometer.

    “Boleh dikatakan, saya semakin selesa dan bercadang untuk kekal dengan penampilan sebegini. Kepuasannya apabila melihat peserta yang hampir putus asa ketika berlari kembali bersemangat selepas terhibur dengan gelagat saya,” katanya.

    Katanya, dia turut bercadang untuk mengenakan kostum lain pada siri larian akan datang.

    Image: 

    “APA yang saya lakukan ini bukan untuk menarik perhatian sesiapa, sebaliknya kerana minat beriadah dengan cara sebegini,” kata lelaki mahu dikenali sebagai Red yang aktif menyertai aktiviti larian dengan memakai kostum adiwira ‘Deadpool’.

    [UPDATE] Mak, tolong... [METROTV]

    $
    0
    0
    Utama

    cnews@nstp.com.my

    “MAK tolong!” Itulah jeritan didengari saksi kejadian letupan dan kebakaran sebuah premis menjalankan perniagaan pengaturcara majlis di Kawasan Perindustrian Jelapang Maju, Ipoh, hari ini.

    Kebakaran kira-kira jam 2 petang itu dipercayai mengakibatkan enam maut membabitkan lima pekerja dan seorang majikan.

    Saksi P Appu, 48, yang juga abang kepada mangsa berkata, ketika kejadian adiknya Thiagarajan, 40, bersama isteri serta lima pekerja berada dalam premis yang turut menjalankan perniagaan pusat sehenti penganjuran majlis termasuk bahan letupan berlesen, bunga api, dan kesan khas.

    “Saya pula berada di kaki lima premis ketika itu, dan tiba-tiba mendengar letupan kuat disusuli percikan bunga api serta kebakaran di tingkat atas bangunan dua tingkat berkenaan.

    “Saya cuba membantu dengan memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api, namun tidak berjaya kerana api marak dengan cepat.

    “Takut, terkejut dan sedih apabila mendengar jeritan mangsa meminta tolong tetapi saya tidak dapat membantu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

    Menurutnya, dia bekerja sebagai pengawal keselamatan di taman perumahan berhampiran pada sebelah malam, dan tinggal di premis perniagaan adiknya itu pada waktu siang.

    “Masa kejadian adik saya dan lima pekerja Melayu berusia lingkungan 20-an berada di tingkat atas, manakala adik ipar pula berada di ruang pejabat di tingkat bawah dan terselamat.

    “Saya sudah tinggal di sini sejak adik menjalankan perniagaannya lebih 10 tahun lalu,” katanya.

    Sementara itu, seorang penduduk yang mahu sebagai Ahmad, 50-an, berkata berlaku letupan kuat dan gegaran ketika kejadian berlaku.

    “Ketika itu saya berada di rumah yang terletak kira-kira 150 meter dari rumah kedai berkenaan dan sebaik letupan berlaku saya keluar rumah untuk memeriksa.

    “Saya melihat kepulan asap seperti cendawan berserta percikan dan letupan seperti pertunjukan bunga api dengan serpihannya berterbangan hingga ke kawasan perumahan kami,” katanya.

    Berita berkaitan

    Enam maut dalam kebakaran

    Image: 

    “MAK tolong!” Itulah jeritan didengari saksi kejadian letupan dan kebakaran sebuah premis menjalankan perniagaan pengaturcara majlis di Kawasan Perindustrian Jelapang Maju, Ipoh, hari ini.

    [UPDATE] Mak, tolong...

    UMNO Sabah 'berkubur'...? [METROTV]

    $
    0
    0
    Utama

    cnews@nstp.com.my

    UMNO Sabah lumpuh selepas lima Ahli Parlimen dan sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari parti itu diketuai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Hajiji Noor mengumumkan keluar parti berkuat kuasa, hari ini.

    Ahli Parlimen terbabit ialah Datuk Azizah Mohd Dun (Beaufort), Datuk Abdul Rahim Bakri (Kudat), Datuk Seri Ronald Kiandee (Beluran), Datuk Zakaria Edris (Libaran) dan Yamani Hafez Musa (Sipitang).

    Bagi ADUN, selain Hajiji yang juga ADUN Sulaman, lapan lagi ialah Datuk Seri Masidi Manjun (Karanaan), Datuk Isnin Alias (Klias), Datuk Ghulam Haidar Khan (Kawang), Matbali Musah (Lumadan), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (Apas), Datuk Ariffin Arif (Membakut), Datuk Musbah Jamli (Tempasuk), Datuk Japlin Akim (Usukan).

    Setakat ini, hanya bekas Ketua Menteri yang juga ADUN Sungai Sibuga, Tan Sri Musa Aman dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin belum menyatakan keputusan.

    Hajiji berkata, mereka akan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong kepemimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di peringkat persekutuan dan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di peringkat negeri.

    Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas beberapa perbincangan dengan pemimpin UMNO negeri dan Pusat serta mengambil kira situasi politik selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

    Katanya, walaupun mengakui UMNO memberi banyak manfaat kepada Sabah termasuk membawa kelebihan apabila pemimpinnya dilantik sebagai menteri dan jawatan penting lain sebelum ini, namun keadaan parti itu sudah berubah.

    “Malangnya, UMNO bukan lagi macam dulu. Kepemimpinan semasa tiada arah politik yang jelas, kita tidak pasti ke mana arah UMNO.. berlaku konflik arah masa depan, bergantung kepada siapa pemimpin di atas yang kita tanya.

    “Dalam analisis kita terhadap politik semasa di negara ini, kita juga mengambil kira lebih 100,000 ahli UMNO bukan Islam di Sabah. Sebarang perubahan arah politik dalam parti akan menjejaskan mereka untuk terus menyokong UMNO.

    “Atas alasan itulah kita memutuskan untuk mengambil inisiatif ini bagi mencorak masa depan politik kita. Kita bermula dengan menjauhkan diri daripada UMNO supaya kita bebas apa saja pilihan yang ada bagi mencorak masa depan kita dalam Malaysia baharu,” katanya pada sidang media di Kota Kinabalu, hari ini.

    Sidang media itu dihadiri semua Ahli Parlimen dan ADUN UMNO Sabah terbabit kecuali Yamani yang dimaklumkan berada di luar negara, selain Ketua Bahagian, Ketua Wanita, Puteri dan Pemuda UMNO negeri.

    Turut hadir pada majlis itu ialah Ahli Parlimen Pensiangan yang Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Arthur Joseph Kurup, turut mengumumkan keluar Barisan Nasional (BN).

    UMNO Sabah adalah yang terbesar di seluruh negara berbanding negeri lain dengan keahlian lebih 500,000 orang sebelum ini.

    Hajiji berkata, beliau yakin langkah diambil kepemimpinan UMNO Sabah itu turut disertai sebahagian besar ahlinya.

    Katanya, langkah itu turut dimaklumkan kepada rakan dalam Gabungan Bersatu Sabah (GBS), namun Hajiji enggan mengulas maklum balas mereka.

    Image: 

    UMNO Sabah lumpuh selepas lima Ahli Parlimen dan sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari parti itu diketuai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Hajiji Noor mengumumkan keluar parti berkuat kuasa, hari ini.

    UMNO Sabah lumpuh

    'Terima kasih kerana menemaniku...'

    $
    0
    0
    Utama

    sudirman@hmetro.com.my

    “ORANG kata kalau nak tahu suami tu bahagia atau tak, tengoklah saiz badan sebelum dan selepas kahwin.

    “Kiranya Zain bahagia la kan,” kata pelakon jelita Rozita Che Wan merujuk kepada bentuk badan suaminya, Zain Saidin yang kelihatan berisi.

    Rozita, 45, atau mesra disapa Che Ta berkongsi perkara itu sempena sambutan ulang tahun kelima perkahwinan mereka semalam.

    “Saiz bukanlah masalah, asalkan hati sudah terpaut. Syukur atas pemberian Tuhan yang terindah.

    “Terima kasih kerana menemaniku dalam setiap hari-hari yang penuh cinta,” katanya.

    Menerusi perkongsian di Instagram, Che Ta berkata ketika dia menjadi Miss Malaysia Intercontinental 1992, Zain baru berusia lapan tahun.

    “Kalau sesiapa yang belum bertemu jodoh lagi, jangan pula menangis tepi bucu katil. Mungkin jodoh anda sedang membesar.

    “Selamat ulang tahun perkahwinan sayang. Nasib baik awak sempat ‘ligan’ saya,” katanya.

    Sementara itu, Zain, 34, turut berkongsi kata-kata indah buat isterinya itu.

    “Selamat ulang tahun perkahwinan sayangku. Lima tahun yang cukup indah dan ada 55 tahun lagi. Saya sayang awak sangat-sangat,” kataya.

    Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Aaisyah Dhia Rana, kini berusia empat tahun.

    Image: 

    “ORANG kata kalau nak tahu suami tu bahagia atau tak, tengoklah saiz badan sebelum dan selepas kahwin.

    Tangan ibu Linda, Diana kena potong

    $
    0
    0
    Utama

    sudirman@hmetro.com.my

    TANGAN kiri ibu kepada penyanyi Linda Rafar dan Diana Rafar iaitu Rasimah Abd Rahman, 73, dipotong akibat jangkitan kuman yang merebak ke dalam darah.

    Diana berkata, ibunya yang masih belum sedarkan diri sepenuhnya tidak tahu jika sebelah tangan dipotong pagi tadi di Hospital Shah Alam.

    “Tiga bulan lalu mak dimasukkan ke hospital akibat gigitan serangga hingga dimasukkan ke unit rawatan rapi. Selepas itu, mak ada jalani pembedahan namun sakit tak sembuh juga.

    “Minggu lepas mak mengadu rasa sakit yang teruk dan dia dimasukkan ke hospital sekali lagi. Selepas diperiksa, doktor maklumkan kuman merebak ke darah.

    “Selepas berbincang bersama adik-beradik, kami sepakat untuk mak jalani pembedahan untuk potong tangan yang kena jangkitan. Mak tak tahu pun,” katanya kepada Harian Metro.

    Diana berkata, dia dan adik-beradik lain tidak sampai hati untuk memberitahu keadaan terkini ibu mereka.

    “Buat masa sekarang mak sudah sedar tapi masih dalam keadaan lemah. Kami adik-beradik tak sampai hati nak beritahu yang tangan mak sudah dipotong.

    “Cuma, saya minta jasa baik semua peminat, keluarga dan rakan mendoakan supaya mak saya terus kuat dan kembali sihat seperti biasa,” katanya.

    Menurut Diana, meski hanya tangan ibunya dipotong, dia berasakan seperti kehilangan orang tersayang itu.

    “Alhamdulillah, proses pembedahan mak berjalan lancar. Walaupun berat untuk kami terima keadaannya tetapi kami kena kuat dan berikan sokongan kepada mak.

    “Walaupun hanya tangan dipotong tetapi perasaan dilalui sekarang seperti kehilangan orang tersayang. Kuatkan kami ya Allah.

    “Tangan yang dipotong kena melalui proses mandi, kafan dan kebumi. Terima kasih kepada ustazah yang banyak membantu melancarkan proses ini,” katanya.

    Sementara itu, Linda berkata, dia berasa sangat lemah melihatkan keadaan ibunya kini.

    “Sejujurnya, saya tak kuat untuk harungi semua dugaan ini. Tapi, saya percaya setiap ujian itu ada ganjaran yang Allah janjikan,” katanya.

    Image: 

    TANGAN kiri ibu kepada penyanyi Linda Rafar dan Diana Rafar iaitu Rasimah Abd Rahman, 73, dipotong akibat jangkitan kuman yang merebak ke dalam darah.

    Anjang Aki terjatuh, muntah darah

    $
    0
    0
    Utama

    mohamadridzuan@hmetro.com.my

    KEADAAN pelakon veteran Datuk Baharuddin Omar atau Anjang Aki, 82, kini stabil dan beliau berada dalam pemantauan doktor sejak dimasukkan ke Hospital Shah Alam, kelmarin.

    Isterinya, Datin Nazariah Abu Bakar, 63, berkata, suaminya dikejarkan ke hospital selepas terjatuh di bilik air di rumah mereka ketika hendak minum petang.

    "Kejadian berlaku pada jam 6 petang Selasa lalu. Saya dah siapkan air untuk dimakan bersama biskut. Suami tiba-tiba kata nak ke bilik air sekejap.

    "Selepas itu saya terdengar seperti benda terjatuh. Mulanya saya ingatkan gayung yang jatuh. Kemudian saya terdengar bunyi suara.

    "Saya pun segera jenguk dan mendapati suami dalam keadaan terlentang dan kepalanya dipenuhi darah. Dia mengalami luka di sebelah kepala kiri," katanya kepada Harian Metro.

    Nazariah berkata, agak menghairankan apabila darah begitu banyak dan beliau segera mengejarkan suamiya ke hospital.

    "Doktor buat imbasan (scan) tetapi mendapati tiada retak dan darah beku. Saya hairan dari mana datangnya darah jika tiada darah beku. Memang banyak darahnya hampir dua liter. Darah beku berketul-ketul.

    "Petang semalam doktor buat ujian scope dan mendapati bahagian esophagus suami bengkak. Berlaku pendarahan yang buat dia muntah darah.

    "Doktor kata pendarahan boleh berlaku bila-bila masa dan suami menghadapi masalah

    Esophageal Varices tahap satu. Penyakit ini berkaitan hati," katanya.

    Menurutnya, penyakit suaminya masih boleh dirawat dengan makan ubat manakala pembedahan agak sukar kerana faktor usia Baharuddin.

    "Lagipun ia baru tahap pertama dan masih berpeluang untuk sembuh. Suami perlu ditahan di wad beberapa hari lagi untuk rawatan lanjut.

    "Keadaan suami stabil tanpa masalah. Dia kenal orang dan boleh berjalan seperti biasa. Cuma dia tak boleh makan makanan yang keras kerana bahagian dalamannya bengkak," katanya.

    Nazariah terharu kerana Baharuddin yang juga bekas presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menerima kunjungan daripada anak-anak dan menantu, jiran serta Presiden Kelab MyFriend dan pengasas radio internet Bapakku.fm, Ismahalil Hamzah, penyanyi Uchop Ahmad dan Mas Yeos, anak kepada pengurus artis, Mas Omar yang memberikan sokongan moral buat suaminya.

    Image: 

    KEADAAN pelakon veteran Datuk Baharuddin Omar atau Anjang Aki, 82, kini stabil dan beliau berada dalam pemantauan doktor sejak dimasukkan ke Hospital Shah Alam, kelmarin.


    Kaka, Adam selamat diijabkabul

    $
    0
    0
    Utama

    yanie@mediaprima.com.my

    PENYANYI dan pelakon Kaka Azraff sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Adam Azriff, 25, dalam majlis pernikahan di Klang, jam 9.55 malam ini.

    Majlis bertemakan Melayu Klasik itu diadakan secara tertutup di kediaman jurusolek terkenal, Saidatul Nisa yang juga ibu saudara penyanyi itu.

    Kaka ditemani ibunya, Redida Aziz, berwalikan bapa saudaranya Nor Izam Aminuddin dan dinikahkan oleh Jurunikah Rujuk dan Cerai Klang, Ustaz Azmi Selamat dengan mas kahwin RM300.

    Pihak wanita menyediakan sebanyak tujuh dulang hantaran dan dibalas lima oleh pihak lelaki.

    Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, ketika ditemui meluahkan rasa syukur majlis berjalan dengan lancar selain menyifatkan Azam sebagai seorang lelaki yang ikhlas menerima dirinya seadanya.

    Image: 
    Image: 

    PENYANYI dan pelakon Kaka Azraff sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Adam Azriff, 25, dalam majlis pernikahan di Klang, jam 9.55 malam ini.

    Bukan alasan untuk membenci...

    $
    0
    0
    Utama

    georgie@hmetro.com.my

    PELAKON Fasha Sandha menyifatkan perceraiannya dengan bekas suami Rizal Ashram Ramli atau Jejai bukan alasan untuk mereka saling membenci sesama sendiri.

    Fasha, 34, sebaliknya lebih suka menjalin hubungan baik bersama bekas suaminya dan lakukan yang terbaik demi cahaya mata hasil perkongsian hidup mereka.

    “Perceraian tidak bermaksud kita harus membenci. Lakukan yang terbaik demi anak-anak kecil yang tidak berdosa, agar anak-anak membesar dalam suasana penuh kasih sayang.

    “Walau apa jua kisah di sebalik perceraian sesebuah rumah tangga, biarlah hanya untuk pengetahuan orang dewasa.

    “Anak-anak tidak sepatutnya tahu mengenai permasalahan orang dewasa kerana minda mereka tidak berupaya untuk memikirkan mengenai masalah,” kongsinya di Instagram.

    Fasha terdahulu berkongsi beberapa fotonya menghadiri konsert sekolah dua cahaya matanya, Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima di media sosial itu, hari ini.

    Pelakon berkenaan mendirikan rumah tangga pada 2012 namun bercerai pada 2016. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata.

    Image: 

    PELAKON Fasha Sandha menyifatkan perceraiannya dengan bekas suami Rizal Ashram Ramli atau Jejai bukan alasan untuk mereka saling membenci sesama sendiri.

    Tahniah Sasqia... [METROTV]

    $
    0
    0
    Utama

    michellegun@hmetro.com.my

    DENGAN sekali kali lafaz, pelakon Sasqia Dahuri kini bergelar isteri kepada ahli perniagaan hartanah Singapura, Muhammad Asyraff Khan Baharudin Khan.

    Pasangan itu disatukan pada majlis akad nikah yang berlangsung di ibu kota, malam tadi.

    Mereka dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju’ Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Masjid Ar Rahimah, Kampung Pandan, Ustaz Muhamad Nazri Ramli.

    Sasqia atau nama sebenarnya Nurlisasqia Ahmad Dahuri diwalikan bapanya, Datuk Ahmad Dahuri Mahmud dan menerima mas kahwin sebanyak RM80.

    Pelakon Lara Aishah ini menyerahkan sebanyak lima dulang hantaran dan dibalas dengan jumlah sama dari pihak pengantin lelaki.

    Hadir adalah rakan selebriti Aisyah Aziz dan Dayah Bakar.

    Sasqia, 33, dan Asyraff, 28, mengikat tali pertunangan pada Januari lalu selepas lima bulan berkenalan.

    Anak sulung dari tiga beradik itu mengenali Asyraff ketika menghadiri sebuah acara di Singapura, tahun lalu.

    Majlis resepsi pihak perempuan akan berlangsung esok (Ahad) manakala pihak lelaki pada 29 Disember ini.

    Image: 

    DENGAN sekali kali lafaz, pelakon Sasqia Dahuri kini bergelar isteri kepada ahli perniagaan hartanah Singapura, Muhammad Asyraff Khan Baharudin Khan.

    Tahniah Sasqia

    Sufie dah bertunang

    $
    0
    0
    Utama

    sudirman@hmetro.com.my

    PENYANYI Sufie Rashid selamat melangsungkan majlis pertunangan dengan pengasas produk makanan, Nurulain Md Yusof di Senawang, Negeri Sembilan, malam tadi.

    Sufie, 27, atau nama sebenarnya Mohammad Sufie Rashid berkata dia dan tunangnya sepakat untuk mengadakan majlis nikah hujung tahun depan.

    “Alhamdulillah, selepas dua tahun bercinta kami kini bergelar tunangan. Saya gembira apabila majlis dirancang berjalan lancar.

    “Sejujurnya sepanjang majlis berlangsung saya gementar sebab ini pengalaman pertama. Dalam masa sama, saya terharu dengan sokongan daripada keluarga. Ramai yang datang.

    “Tahun depan lebih mencabar sebab nak fikir persiapan majlis nikah pula. Insya Allah, doakan yang baik-baik untuk kami,” katanya kepada Harian Metro.

    Majlis diadakan di kediaman pihak perempuan diadakan secara sederhana dan tertutup membabitkan keluarga dan teman rapat kedua belah pihak.

    Pada majlis berlangsung selepas Isya itu, pihak lelaki menyerahkan enam dulang dan dibalas dengan tujuh dulang daripada pihak perempuan.

    Selepas perbincangan, keluarga belah pihak bersetuju mengikat tali pertunangan selama setahun.

    Turut ditetapkan wang hantaran perkahwinan SGD10,000 (RM30,421) serba satu.

    Perkenalan Sufie yang juga juara Akademi Fantasia 2015 dan Ain bermula pada penghujung 2016 sebelum mengambil keputusan untuk bertunang.

    Image: 

    PENYANYI Sufie Rashid selamat melangsungkan majlis pertunangan dengan pengasas produk makanan, Nurulain Md Yusof di Senawang, Negeri Sembilan, malam tadi.

    Astaghfirullah...

    $
    0
    0
    Utama

    cnews@nstp.com.my

    SUARA bisikan pada waktu awal pagi, di rumah di Kampung Landak Hilir, Kupang, Baling, membongkar kegiatan tidak bermoral dua pelajar yang terlanjur.

    Dalam kejadian 4.30 pagi itu, remaja lelaki berusia 15 tahun dikatakan menceroboh rumah kekasihnya berusia 14 tahun ketika ahli keluarga perempuan itu sedang tidur.

    Ketua Polis Daerah Baling, Superitendan Shariffuddin Yusuf berkata, kejadian bagaimanapun disedari kakak mangsa yang terdengar suara lelaki dari arah bilik adiknya, sebelum dia memaklumkan perkara itu kepada ahli keluarga lain.

    Katanya, ibu mangsa yang kemudian melakukan pemeriksaan, terkejut melihat anak gadisnya berdua-duaan di dalam bilik bersama suspek yang turut dikenali keluarga berkenaan.

    “Suspek yang disergah kemudian melarikan diri melalui pintu belakang rumah mangsa sebelum laporan mengenai kejadian dibuat keluarga remaja perempuan di Balai Polis Kupang pagi semalam.

    “Berikutan itu, suspek ditahan di rumahnya di Kampung Tawar pada 12.20 tengah hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan rogol bawah umur,” katanya ketika dihubungi di Baling, hari ini.

    Difahamkan, suspek yang menceroboh rumah mangsa antara 2.30 hingga 4 pagi sudah merogol remaja itu sebanyak dua kali sebelum perbuatan mereka disedari.

    Shariffuddin berkata, siasatan lanjut mendapati mangsa sudah mengenali suspek sejak dua tahun lalu.

    “Mangsa kemudian dihantar keluarganya ke Hospital Baling (HB) sebelum dia dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk pemeriksaan lanjut.

    “Pihak forensik Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kedah juga sudah melakukan pemeriksaan ke atas tilam, cadar dan kain yang disyaki ada kesan hubungan mangsa dan suspek,” katanya.

    Image: 

    SUARA bisikan pada waktu awal pagi, di rumah di Kampung Landak Hilir, Kupang, Baling, membongkar kegiatan tidak bermoral dua pelajar yang terlanjur.

    Viewing all 7853 articles
    Browse latest View live