Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all 7853 articles
Browse latest View live

'Orang tunggu kamu... Muhammad Adib'

$
0
0
Utama

hafidzul@nstp.com.my

“KAMU kuat, Orang tunggu kamu, sentiasa ada dengan kamu Muhammad Adib.

“Kamu cuba utk lawan sakit kamu. Org akan ada dgn kamu mcm mana sekalipun. Bangun kamu. Muhammad Adib,” kata Nurul Najihah menerusi Facebooknya, hari ini.

Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor diserang sekumpulan perusuh berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, Selasa lalu.

Nurul Najihah memuat naik status berkenaan sebagai reaksi selepas Muhammad Adib mula sedar dan faham arahan yang diberikan doktor, hari ini.

Status yang dimuat naik Nurul Najihah itu mendapat komen yang positif daripada kenalan dan netizen.

Terdahulu, Nurul Najihah yang dilaporkan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Institut Jantung Negara (IJN) turut meluahkan kesedihan apabila melihat keadaan tunangnya yang mengalami kecederaan parah menerusi laman sosial sama.

Sebahagian besar pengguna Facebook pelbagai bangsa turut melahirkan rasa simpati kepada Nurul Najihah selain mendoakan keselamatan tunangnya.

Lagi berita berkaitan Rusuhan Kuil Maha Mariamman

Image: 

“KAMU kuat, Orang tunggu kamu, sentiasa ada dengan kamu Muhammad Adib.


Suami isteri sehidup semati

$
0
0
Utama

rizalman@nstp.com.my

IMAM Masjid Jamek Simpang Renggam, dekat Kluang dan isterinya meninggal dunia dalam tempoh selang dua jam, di rumah mereka di Kampung Simpang Renggam, Kluang, awal pagi hari ini.

Pada mulanya, Bera Madiran, ditemui meninggal dunia oleh isterinya, Maimunah Dariman, kira-kira 4.30 pagi ketika dia bangun untuk solat Subuh.

Selepas memberitahu anaknya tentang kematian Bera, Maimunah menemani jenazah suaminya di bilik tidur mereka sebelum dia ditemui turut meninggal dunia oleh anak lelakinya 6.30 pagi.

Kisah itu dikongsi dalam Facebook (FB) Pertubuhan Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM).

Ahli SPJM Simpang Renggam, Sharul Aqmal Mohamad berkata, pasangan itu itu tinggal bersama dua anak lelaki.

Katanya, selepas menyedari suaminya meninggal, Maimunah memaklumkan kepada dua anaknya yang kemudian membuat persiapan dan menghubungi saudara mereka, manakala Maimunah menemani jenazah suaminya.

Bagaimanapun katanya, anaknya yang memasuki semula bilik itu mendapati Maimunah turut meninggal dunia di sisi bapa mereka, 6.30 pagi.

“Kematian Bera mengejutkan kerana sebelum itu, dia sempat mengimamkan solat Maghrib dan Isyak di Masjid Jamek Simpang Renggam, malam tadi. Arwah sebenarnya menghidap diabetis, manakala isterinya mempunyai kanser limfoma dan baru menjalani kimoterapi,” katanya.

Shahrul Aqmal berkata, arwah Bera adalah pesara guru agama sebelum menjadi imam masjid berkenaan.

Jenazah suami isteri itu dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Sungai Berumbung, dekat sini, 10.30 pagi tadi.

Image: 

IMAM Masjid Jamek Simpang Renggam, dekat Kluang dan isterinya meninggal dunia dalam tempoh selang dua jam, di rumah mereka di Kampung Simpang Renggam, Kluang, awal pagi hari ini.

[UPDATE] Ajal mereka ketika tidur...

$
0
0
Utama

farid_noh@nstp.com.my

IMAM Masjid Jamek Simpang Renggam, Kluang dan isterinya meninggal dunia ketika tidur di Kampung Chokro,Simpang Renggam, awal pagi hari ini.

Bera Madiran, 78, yang menghidap diabetis dan isterinya, Siti Munah Damin, 60, menghidap kanser limfoma disahkan meninggal dunia kira-kira jam 5 pagi.

Terdahulu, suami isteri berkenaan dikatakan meninggal dunia dalam tempoh selang dua jam.

Anak sulung mereka Mohamad Farid, 50, berkata ibu bapanya disedari sudah meninggal dunia oleh adik bongsu perempuannya yang tidur bersama di bilik mereka.

“Biasanya ayah akan bangun awal untuk bersiap mengimamkan solat Subuh di masjid, namun pagi tadi ayah tidak bangun seperti biasa menyebabkan adik saya mengejutkannya.

“Namun, ayah tidak bergerak sebelum adik mengerakkan ibu pula tetapi tiada juga maklum balas menyebabkan adik kemudian memanggil kami (anak yang lain).

“Kami kemudian menelefon talian kecemasan sebelum pegawai perubatan yang datang mengesahkan ibu bapa kami sudah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya.

Menurutnya, walaupun terkejut kerana ibu bapa pergi serentak ketika tidur, namun adik-beradiknya reda dengan pemergian mereka berdua.

Katanya, timbul salah faham dalam laporan awal yang tular menyatakan ibu bapanya meninggal dunia selang dua jam.

“Sebenarnya mereka berdua meninggal bersama ketika sedang tidur. Ayah dan ibu juga tidak menunjukkan perbezaan tingkah laku, malah ayah sempat menghadiri jemputan kenduri potong jambul, malam tadi.

“Ayah juga kelihatan ceria dan seronok melayan cucunya bermain apabila pulang dari kenduri, malam tadi,” katanya.

Katanya, bapanya Imam di Masjid Jamek Simpang Renggam sejak lebih 20 tahun lalu selepas bersara sebagai guru agama di Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Renggam.

“Ayah dan ibu kami adalah pasangan bahagia yang penyabar dalam mendidik sembilan anaknya.

“Ayah juga sering berpesan supaya kami sembilan beradik sentiasa menjaga tingkah laku, malah pernah menyatakan jika umurnya tidak panjang, kami adik-beradik perlu terus saling menyayangi dan menjaga perhubungan,” katanya.

Jenazah suami isteri itu dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Sungai Berumbung, Kluang, kira-kira jam 10.30 pagi hari ini.

Berita berkaitan

Suami isteri sehidup semati

Image: 

IMAM Masjid Jamek Simpang Renggam, Kluang dan isterinya meninggal dunia ketika tidur di Kampung Chokro,Simpang Renggam, awal pagi hari ini.

Alhamdulillah... rezeki Dynas

$
0
0
Utama

sudirman@hmetro.com.my

PELAKON Dynas Mokhtar kini hamil anak ketiga hasil perkahwinan dengan Shazrik Din pada April lalu.

Dynas, 35, atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar berkata, kandungannya kini berusia empat bulan dan dijangka bersalin pada April tahun depan.


Kandungan Dynas kini berusia empat bulan. FOTO IG Dynas

“Saya dapat tahu hamil selepas usia kandungan dua bulan. Pada peringkat awal kehamilan saya mengalami alahan teruk juga hingga tak boleh keluar rumah.

“Emosi juga tak menentu. Kasihan suami kerana sering kena marah. Namun, dia faham keadaan saya sekarang,” katanya.

Dynas yang juga ibu kepada dua anak hasil perkahwinan pertama berkata, dia cepat penat berbanding kehamilan sebelum ini.

“Mengandung pada usia sekarang memang mencabar. Kalau dulu, pada usia 26 tahun saya masih boleh berjalan ke sana sini, tapi sekarang cepat penat.

“Tempoh hari saya menghadiri ekspo di Melbourne, Australia dan sekarang berada Singapura, memang terasa sangat. Mak pun suruh rehat selepas ini,” katanya.

Dalam masa sama, Dynas berkongsi dia bakal terbabit dalam drama bersiri original Iflix, KL Gangster Underworld 2.

“Penggambaran akan dijalankan tidak lama lagi. Disebabkan keadaan tak mengizinkan, babak aksi membabitkan saya dibuat pelakon lagak ngeri.

“Pihak produksi pun faham keadaan saya. Insya-Allah, saya cuba buat sehabis baik dan termampu,” katanya.

Dynas mempunyai dua orang anak iaitu Khyra Khalyssa yang berusia lapan tahun dan Mohamed Haqaish, 6, menerusi perkahwinan terdahulu.

Image: 
Image: 

PELAKON Dynas Mokhtar kini hamil anak ketiga hasil perkahwinan dengan Shazrik Din pada April lalu.

Eyra kini tunang Haziq

$
0
0
Utama

hellinie@hmetro.com.my

"YA, semalam majlis pertunangan Eyra," kata Qhuzie Mohd Johari, ibu kepada pelakon Eyra Hazali, 19, mengesahkan berita pertunangan anaknya dengan penjaga gol skuad bola sepak bawah 22 tahun negara, Muhammad Haziq Nadzli, 20.

Bagaimanapun, Qhuzie yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp memohon maaf kerana tidak dapat mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu.

“Saya minta maaf kerana buat masa ini belum dapat berkongsi maklumat atau memberikan sebarang kenyataan lanjut mengenai pertunangan itu.

“Insya-Allah, segala pertanyaan akan dijawab dalam masa tiga atau empat hari lagi,” katanya.

Sementara itu, Eyra yang semakin dikenali selepas membintangi drama bersiri popular Mr Grey turut memohon maaf kerana tidak dapat memberikan sebarang kenyataan buat masa ini.

“Saya harus menghormati keputusan keluarga dan Haziq. Maaf, tidak ada apa-apa yang boleh saya katakan buat masa ini. Bagaimanapun, saya mohon doa yang baik-baik,” katanya.

Terdahulu, gambar pertunangan Eyra dengan Haziq dimuatnaik kakaknya, Hazel Hazali di Instagram.

Rakannya, pelakon Neera Azizi turut melakukan perkara sama dengan kenyataan gambar ucapan tahniah kepada Eyra kerana sudah bertunang.

Malah, pada ruangan Instastory, Eyra dan Haziq masing-masing memuat naik gambar tangan dengan cincin tersarung pada jari manis.

Image: 

"YA, semalam majlis pertunangan Eyra," kata Qhuzie Mohd Johari, ibu kepada pelakon Eyra Hazali, 19, mengesahkan berita pertunangan anaknya dengan penjaga gol skuad bola sepak bawah 22 tahun negara, Muhammad Haziq Nadzli, 20.

Nonny Nadirah sakit misteri?

$
0
0
Utama

sudirman@hmetro.com.my

“SAYA dah cukup sengsara. Apa salah saya? Kenapa buat saya macam ini?” Demikian kata pelakon, Nonny Nadirah yang terlantar sakit seminggu akibat penyakit misteri.

Nonny, 29, atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin berkata, sepanjang sakit dia tidak boleh bangun, makan dan minum hingga dimasukkan ke hospital.

Katanya, dua tahun lalu dia mengalami perkara sama apabila secara tiba-tiba pengsan di lokasi penggambaran.

“Selepas lebih setahun, penyakit sama datang balik. Apa saya perasan, setiap kali mula bekerja ‘benda’ ini mengganggu saya. Cuma kali ini agak lama hingga menyusahkan banyak pihak.

“Hasil pemeriksaan doktor saya tak sakit apa-apa. Jadi, saya reda saja dan sentiasa berfikiran positif meskipun pelbagai dugaan menimpa.

“Mungkin orang itu nak buat saya hilang kerjaya atau nak saya mati,” katanya yang dibenar keluar hospital, semalam.

Nonny yang berkahwin pada Mac lalu berkata, disebabkan sakit misteri itu dia banyak menyendiri dan kurang bergaul dengan orang dalam industri.

“Saya tak tahu nak cakap macam mana. Allah lebih mengetahui dan menghendaki segalanya. Setiap kali sakit, mak selalu pesan supaya reda dan sentiasa tawakal. Paling penting jangan tinggal solat.

“Disebabkan penyakit ini, saya kurang bergaul dengan orang dalam industri dan lebih banyak buat hal sendiri. Sedangkan sebelum ini orang kenal saya seorang yang mesra.

“Apa pun, saya hanya mampu berdoa. Biarlah perbuatan orang itu dapat pembalasan setimpal daripada Allah,” katanya.

Nonny yang kini terbabit dalam penggambaran drama Cekelat Honey akan kembali ke lokasi penggambaran esok.

“Saya nak minta maaf kepada seluruh kru produksi dan pelakon yang terbabit dalam drama ini.

“Saya menyusahkan semua orang kerana tak dapat hadirkan diri untuk penggambaran,” katanya.

Image: 

“SAYA dah cukup sengsara. Apa salah saya? Kenapa buat saya macam ini?” Demikian kata pelakon, Nonny Nadirah yang terlantar sakit seminggu akibat penyakit misteri.

Demi Allah, tak guna wang penyimpan - Abdul Azeez [METROTV]

$
0
0
Utama

asmaini@nstp.com.my

BEKAS Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Rahim, hari ini menafikan Program Yayasan Tabung Haji (YTH) 2017 menyalah guna wang pendeposit.

Daripada RM22 juta digunakan bagi program YTH 2017, beliau berkata, hanya RM7 juta adalah wang TH manakala bakinya hasil sumbangan Kerajaan Persekutuan, UMNO dan bayaran zakat beberapa syarikat korporat.

“Saya ingin tegaskan program YTH 2017 terutama program Ziarah Kasih pada Ramadan untuk membantu golongan asnaf tidak menggunakan duit penyimpan atau pendeposit TH.

“Program berkenaan memberi bantuan kepada golongan memerlukan seperti warga emas, orang kurang upaya, ibu tunggal serta warga miskin di lebih 60 Parlimen seluruh negara.

“Demi Allah, duit yang digunakan bukan daripada duit penyimpan dan tuduhan dilemparkan dianggap berniat jahat untuk mengaibkan saya serta TH,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Abdul Azeez yang juga Ahli Parlimen Baling, turut kesal apabila TH tidak menggunakan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada dalam menyiasat kes itu dan hanya mengetahuinya menerusi laporan media.

Beliau mendakwa tidak pernah dipanggil TH untuk mendapatkan kenyataan atau melakukan siasatan dalaman terlebih dahulu.

Sehubungan itu, Abdul Azeez menyuarakan kehairanan mengapa TH tidak mengikut SOP biasa, termasuk membuat siasatan dalaman dengan memanggilnya untuk memberi keterangan.

“Saya boleh memberi penjelasan lanjut kerana semua wang diterima atau digunakan ada rekod butirannya.

“Soalnya mengapa sekarang baru nak membuat laporan polis? Saya minta masyarakat jangan cepat menghukum dan tunggu sehingga selesai siasatan.

“Saya akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dan yakin mereka akan menjalankan siasatan dengan telus serta amanah,” katanya.

Jumaat lalu, TH membuat dua laporan polis terhadap Abdul Azeez, dua bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Seri Johan Abdullah serta pengurusan kanannya.

Pengurusan kanan terbabit ialah Ketua Pegawai Operasi, Datuk Adi Azuan Abdul Ghani; Ketua Pegawai Kewangan, Datuk Rozaida Omar; Penasihat Undang-Undang, Hazlina Mohd Khalid dan Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat dan Hartanah, Rifina Md Ariff.

Laporan polis pertama dibuat berkaitan Program YTH 2017 apabila dana sejumlah RM22 juta dikeluarkan untuk aktiviti yang didakwa mempunyai kecenderungan politik.

Laporan polis kedua dibuat terhadap Ismee, Hazlinda dan Rifina berhubung salah nyata dan didakwa menyembunyikan maklumat penting membabitkan penjualan saham TH pada 2012.

Image: 

BEKAS Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Rahim, hari ini menafikan Program Yayasan Tabung Haji (YTH) 2017 menyalah guna wang pendeposit.

Demi Allah, tak guna wang penyimpan - Azeez

'Bapa buta hati celik'

$
0
0
Utama

sudirman@hmetro.com.my

PENDAKWAH bebas yang juga selebriti, PU Amin berkongsi bapanya, Mohd Noor Awang Ngah, 64, adalah orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan (buta) sejak dilahirkan.

Amin, 29, atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim berkata keadaan itu tidak menghalang bapanya untuk menjelajah ke seluruh negara untuk mengajar al-Quran kepada orang buta.

"Walaupun Abah buta tapi hatinya celik. Dia boleh membaca dan hafal al-Quran. Dia juga buat banyak buku Braille untuk orang buta baca.

"Dia tak penat ke seluruh negara untuk ajar al-Quran kepada orang buta. Dahulu dia menabur bakti menterjemah dan mengajar al-Quran di Brunei Darussalam.

"Kini walau diri makin dimamah usia, Abah masih bertenaga untuk ajar al-Quran. Alhamdulillah ada Mama yang kuat dan adik beradik yang membantu. Semoga Abah dapat melihat kami satu keluarga di akhirat kelak," katanya.

Amin yang juga pengacara program Lensa 106 berkata, bapanya sentiasa berpesan supaya jangan berhenti berdakwah meski dihina dan dikecam masyarakat.

"Kalau bergerak sendiri, Abah akan menaiki komuter atau bas untuk pergi berdakwah. Bayangkan dengan tongkat sebagai peneman, dakwah tetap berjalan.

"Disebabkan itu, Abah selalu pesan dalam berdakwah ada sedikit pedih kerana itu adalah lumrah.

Setiap kali saya dihina dan dikecam, Abah akan menitiskan air mata," katanya.

Menurut Amin, dia mudah tersentuh apabila melihat orang cacat penglihatan kutip derma, jual tisu, menyanyi tepi jalan dan golongan OKU diperlekehkan.

Dalam masa sama, Amin berterima kasih kepada kedua ibu bapa angkatnya yang membesarkannya sejak usia empat hari lagi.

"Tidak dilupa buat ayah dan mak saya yang membesarkan saya sejak kecil. Mereka memberi galakan dan ilmu hingga saya di tahap ini.

"Hanya Tuhan saja yang membalas syurga buat abah mama kandung dan mak ayah saya yang membesarkan saya," katanya.

Image: 

PENDAKWAH bebas yang juga selebriti, PU Amin berkongsi bapanya, Mohd Noor Awang Ngah, 64, adalah orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan (buta) sejak dilahirkan.


Doa ibu dan ayah Zahirah...

$
0
0
Utama

sudirman@hmetro.com.my

IBU pelakon Zahirah Macwilson iaitu Maslinda Yusoff, 43, seakan merestui hubungan anaknya dengan pelakon Aiman Hakim Ridza.

Maslinda menerusi Instagram Story mendoakan semoga hubungan yang baru terjalin itu kekal hingga ke jannah.

“Semuanya Allah yang aturkan. Mama dan ayah doa semoga kekal hingga ke jannah,” tulisnya.

Sementara itu, Zahirah yang juga pelakon drama Jangan Benci Cintaku turut memuat naik semula status ibunya beserta keterangan terima kasih Ma.

“Alhamdulillah. Terima kasih Ma. Sayang Ma selamanya. Jumpa nanti,” katanya.

Sebelumnya, Zahirah memuat naik status di Instagram yang memberi bayangan hubungannya dengan Aiman baru bermula.

“Sekarang dan selamanya, Insya Allah,” tulisnya.

Status yang dimuat naik pagi tadi itu mendapat hampir 5,000 komen dan hampir 140,000 ‘like’.

Berita berkaitan:Zahirah-Aiman hangat bercinta

Image: 

IBU pelakon Zahirah Macwilson iaitu Maslinda Yusoff, 43, seakan merestui hubungan anaknya dengan pelakon Aiman Hakim Ridza.

Rusuhan kuil: Polis buru mereka ini...

$
0
0
Utama

cnews@nstp.com.my

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesan 28 saksi bagi membantu siasatan insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Seafield, Subang Jaya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, pihaknya memohon kerjasama mereka yang terbabit supaya tampil bagi membantu siasatan.

“Pada masa sama, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai saksi terbabit diminta menghubungi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontijen Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat di talian 019-60000903.

“Mereka juga boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya Deputi Superintendan GK Shan Gopal di talian 019-2714387 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Insiden rusuhan yang bermula pada Isnin lalu itu menyebabkan 23 kenderaan musnah dibakar, manakala cermin sebuah pusat beli-belah turut dipecah dan dirosakkan.

Setakat jam 8 pagi hari ini, seramai 68 individu sudah ditahan dipercayai terbabit dalam rusuhan di sekitar kuil berkenaan.

Lagi berita berkaitan Rusuhan Kuil Maha Mariamman

Image: 

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesan 28 saksi bagi membantu siasatan insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Seafield, Subang Jaya.

Mana artis popular bantu Yazit?

$
0
0
Utama

ramlah@hmetro.com.my

“SAYA sedih melihat keadaan Yazit yang sakit dan uzur tetapi masih turun padang membuat persembahan untuk menyara keluarganya.

“Sepatutnya artis tidak perlu mengemis buat program kumpul dana seperti ini.

“Di manakah artis popular dan nama besar yang lebih berkemampuan untuk membantu Yazit?,” kata penyanyi Ameng Spring ketika mengulas mengenai program kumpul dana untuk membantu bekas pemain dram kumpulan Search, Yazit berlangsung di Uptown M3 Mall, Taman Melati, baru-baru ini.

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Sampai Hati itu, dia juga terkilan kerana program kumpul dana untuk membantu golongan artis sering dijayakan artis kurang popular.

“Selalunya artis yang datang menjayakan program kumpul dana seperti ini adalah ‘artis funfair’ dan suam-suam kuku.

“Justeru, artis juga seolah-olah membuka pekung sendiri bila ada pihak yang mendakwa bila artis susah dan sakit barulah nak buat program kumpul dana dan sebagainya ,” katanya kepada Harian Metro.

Kata Ameng lagi, sepatutnya, tanggungjawab membantu golongan artis yang memerlukan digalas artis popular dan nama besar yang lebih berkemampuan.

“Saya percaya jika semua artis popular yang memiliki pendapatan tinggi mencecah jutaan ringgit bergabung mereka boleh membantu Yazit.

“Kalau satu persembahan mereka dibayar RM10 ribu ringgit, apa salahnya jika mereka menghulurkan sumbangan untuk membantu artis yang sakit seperti Yazit dan keluarganya,” katanya.

Image: 

“SAYA sedih melihat keadaan Yazit yang sakit dan uzur tetapi masih turun padang membuat persembahan untuk menyara keluarganya.

Dua maut nahas 4 kenderaan

$
0
0
Utama

mohdhelmi@nstp.com.my

DUA individu maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 225, Lebuhraya PLUS arah utara, berhampiran Plaza Tol Pedas-Linggi di Rembau, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, Norazam Khamis, berkata kejadian pada 1.26 tengah hari itu menyaksikan enam mangsa cedera manakala enam lagi terselamat.

Beliau berkata, kejadian berlaku apabila kereta Proton Wira dari arah Melaka menuju ke Seremban hilang kawalan lalu merempuh bahagian belakang sebuah lori di lokasi kejadian.

Menurutnya, kereta berkenaan terbabas ke laluan bertentangan lalu merempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora dan sebuah kereta Mercedes.

“Kemalangan itu menyebabkan lelaki yang memandu Proton Wira maut, seorang penumpang wanita dewasa cedera dan dua remaja serta seorang kanak-kanak terselamat.

“Seorang penumpang dalam kereta Mercedes maut, manakala dua lelaki dan dua wanita cedera dan seorang bayi terselamat.

“Bagi Proton Exora pula, pemandunya iaitu seorang wanita dan seorang kanak-kanak terselamat dalam insiden itu manakala pemandu lori cedera,” katanya.

Norazam berkata, pihaknya menerima panggilan pada 1.27 tengah hari dan mengerahkan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rembau ke lokasi dan dibantu enam anggota dari BBP Tampin.

“Mangsa yang maut adalah pemandu Proton Wira iaitu Mohd Azzarnuddien Abdullah, 41, dari Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, Johor dan penumpang Mercedes iaitu Sharifah Hawa Syed Mokhtar, 55, yang berasal dari Labis, Johor.

“Mayat kedua-dua mangsa maut itu dihantar ke Hospital Tampin untuk proses bedah siasat,” katanya.

Image: 

DUA individu maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 225, Lebuhraya PLUS arah utara, berhampiran Plaza Tol Pedas-Linggi di Rembau, hari ini.

'Bertekak' sebab cendol

$
0
0
Utama

salmiah@nstp.com.my

“CENDOL bukan berasal dari Singapura”. Itu komen segelintir netizen apabila portal CNN Travel memuat naik artikel bertajuk ‘50 of the world’s best desserts’ dengan menyenaraikan cendol paling sedap berasal dari Singapura.

Menurut CNN Travel, campuran kacang merah di dalam cendol membuatkan pencuci mulut dari Singapura itu berasa lebih enak dan klasik.

Chef selebriti popular, Johari Edrus, 62, atau lebih dikenali sebagai Chef Jo berkata, Singapura sentiasa mengambil peluang untuk memperkenalkan makanan warisan di negaranya kepada dunia.

Beliau berkata, Singapura antara negara asing yang berusaha menjadikan makanan tradisional sebagai ‘signature’ negara berkenaan.

“Mereka melihat kepentingan warisan itu sebagai suatu perniagaan yang bukan saja mampu menarik kedatangan pelancong malah sebagai rujukan generasi masa depan.

“Sekiranya mereka daftarkan cendol di UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu), automatik cendol menjadi ‘trademark’ negara itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut beliau, kerajaan perlu bertindak segera mengisytiharkan makanan warisan negara seperti cendol, ketupat palas, nasi lemak, ABC dan roti canai bagi mengelakkan pertikaian antara negara lain.

“Ibarat kita menang sorak kampung tergadai, negara lain pula yang dakwa makanan warisan milik mereka.

“Kementerian perlu segera mengambil tindakan dengan membawa senarai makanan tradisional negara ke UNESCO.

“Langkah itu sudah pasti mendapat reaksi positif chef di negara ini untuk memperkenalkan makanan warisan di mata dunia seterusnya sebagai tatapan generasi muda,” katanya.

CNN Travel menyenaraikan 50 pencuci mulut terbaik dunia dengan mengatakan makanan tempatan, cendol dihidang sejuk dengan campuran santan, gula Melaka, jeli tepung beras hijau dan kacang merah.

Katanya, versi pencuci mulut ini boleh ditemui di seluruh Asia Tenggara, tetapi dengan menambah kacang merah membuatkan makanan klasik Singapura ini sangat menyelerakan.

Selain cendol, beberapa pencuci mulut lain seperti alfajores dari South America, baklava (Turki), kek black forest (Jerman), gulab jamun (India) dan tub tim krob (Thailand) turut disenaraikan.

Walaupun asal-usul cendol tidak dapat disahkan, terdapat laporan ia berasal dari Malaysia atau Indonesia.

Portal iFood mengatakan, perkataan ‘cendol’ muncul untuk kali pertama dalam istilah Melayu yang diterbitkan pada tahun 1932.

Nurzailina Nordin, 56, atau Chef Lin pula berpendapat CNN Travel tidak membuat kajian secara menyeluruh mengenai senarai makanan berkenaan.

Katanya, lebih ramai penjual cendol India Muslim di Pulau Pinang, Melaka dan Kuala Lumpur berbanding di Singapura kerana makanan itu popular dalam kalangan masyarakat berkenaan.

“Mungkin CNN Travel mengambil pendekatan mudah kerana masyarakat Cina banyak menggunakan kacang merah dalam masakan.

“Justeru, mereka terus membuat anggapan cendol lebih popular dan sedap di Singapura kerana kacang merah,” katanya.

Netizens di Twitter turut tidak berpuas hati malah meminta CNN Travel mengubah asal-usul cendol itu kepada Malaysia.

Menurut pengguna Twitter @dyeanadia11, CNN tidak pernah merasai cendol yang terbaik di Malaysia

@MaximusLim1387 pula berkata, cendol bukan berasal dari Singapura.

Manakala pemilik akaun @mdamiruzri berkata, “Don’t mess with Malaysia food. Cendol is from Malaysia not Singapore. Ask Singaporean where they get the gula melaka (palm sugar), the main ingredients of cendol”.

Image: 

“CENDOL bukan berasal dari Singapura”. Itu komen segelintir netizen apabila portal CNN Travel memuat naik artikel bertajuk ‘50 of the world’s best desserts’ dengan menyenaraikan cendol paling sedap berasal dari Singapura.

[UPDATE] 2 pekerja restoran turut maut [METROTV]

$
0
0
Utama

cnews@nstp.com.my

DUA pekerja restoran antara tiga maut akibat dihempap runtuhan siling sebuah restoran dalam kejadian letupan di Kompleks City One Mega Mall, Kuching, hari ini.

Dalam kejadian jam 3.35 petang itu, seorang lagi mangsa adalah pekerja pembinaan yang terbabit dalam kerja pengubahsuaian restoran berkenaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Khirudin Drahman berkata, seramai 26 lagi mangsa cedera dengan empat daripadanya parah.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, lima adalah wanita manakala 17 lagi adalah lelaki dan identiti semua mangsa termasuk tiga yang maut sedang dikenal pasti.

“Pihak kami menerima panggilan kecemasan pada jam 3.37 petang sebelum sepasukan lebih 30 anggota termasuk HAZMAT dan EMRS dikejarkan ke lokasi.

“Daripada tiga lelaki yang maut itu, dua adalah penduduk tempatan manakala seorang berasal dari Pulau Pinang,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan awal, kejadian itu dipercayai berlaku akibat letupan tong gas dipercayai ketika kerja pengubahsuaian sedang dilakukan.

“Difahamkan, restoran berkenaan akan dibuka secara rasmi esok, dan hari ini pekerja restoran berkenaan serta pekerja kontrak sedang sibuk membuat persiapan akhir.

“Sebahagian daripada mangsa adalah pengunjung kompleks berkenaan yang kebetulan melalui restoran berkenaan ketika letupan berlaku,” katanya.

Berita berkaitan

[UPDATE] 3 maut letupan di CityOne MegaMall

Image: 

DUA pekerja restoran antara tiga maut akibat dihempap runtuhan siling sebuah restoran dalam kejadian letupan di Kompleks City One Mega Mall, Kuching, hari ini.

2 pekerja restoran turut maut

Sedia jumpa anak-anak...

$
0
0
Utama

sudirman@hmetro.com.my

PEMAIN pertahanan skuad Harimau Malaya, Mohamad Aidil Zafuan Radzak bersedia menemui dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7, pada bila-bila masa.

"Insya Allah, saya akan jumpa dia," katanya menjawab ringkas pertanyaan peminat di Instagram Live isterinya, Zarema Zainal, hari ini.

Dalam sesi bicara secara langsung itu, peminat bertanya bilakah Aidil akan bertemu anaknya.

Sementara itu, Rita Rudaini ketika dihubungi bersyukur dan menyambut baik hasrat bekas suaminya untuk bertemu anak mereka.

"Alhamdulillah jika benar dia mahu bertemu anak-anak. Selama ini saya tunggu saja dia datang berjumpa Rayyan dan Arjuna. Sebagai ibu, saya tak pernah ada niat nak halang dia.

"Sebulan sebelum dia berkahwin, dia ada berjumpa anak-anak. Ketika itu saya pesan, jangan putuskan hubungan dengan anak-anak walaupun sudah ada keluarga baru.

"Kalau pun tak boleh berjumpa, telefonlah setiap hari agar anak sentiasa ingat bapa mereka. Tiga bulan pertama selepas berkahwin, dia ada hubungi anak-anak. Ketika itu saya sangat gembira. Namun, selepas itu dia terus diam hingga sekarang," katanya.

Menurut Rita, selepas sekian lama Aidil menyepi dia ada menerima beberapa kali panggilan dan mesej daripada nombor tidak dikenali namun apabila ditanya pemanggil itu tidak memberi maklum balas.

"Saya jenis tak jawab panggilan yang tidak dikenali. Apabila nombor sama mesej mahu bertemu anak, saya balas dan tanya siapa. Namun, orang itu terus membisu seribu bahasa.

"Apabila saya cuba menghubungi semula, nombor itu tak ada dalam perkhidmatan. Beberapa kali perkara ini berulang, hingga saya malas nak layan lagi," katanya.

Dalam masa sama, Rita berharap Aidil dan keluarga memikirkan perasaan Rayyan dan Arjuna yang merindui belaian dan kasih sayang seorang bapa.

"Saya tahu anak-anak nak sangat bertemu Daddy mereka. Selalu mereka bertanya bila boleh jumpa sampai saya tak tahu nak jawab macam mana. Sekali dua boleh pujuk, kalau dah banyak kali saya tunjuk wajah ayah mereka di kaca TV.

"Walaupun hanya menonton di TV, sedikit sebanyak dapatlah ubat rindu anak-anak," katanya.

Image: 

PEMAIN pertahanan skuad Harimau Malaya, Mohamad Aidil Zafuan Radzak bersedia menemui dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7, pada bila-bila masa.


Tragedi cas telefon bimbit

$
0
0
Utama

mohdhelmi@nstp.com.my

REMAJA lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik daripada telefon bimbit yang sedang dicas di rumahnya di Kampung Gais Batu Pedas, Rembau, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Rembau Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam berkata, mangsa, Mohd Aidi Azzhar Zahrin, 16, ditemui meninggal dunia jam 12.45 tengahari oleh ibunya yang mendapati anaknya tidak sedarkan diri.

Katanya, ibu mangsa berusia 51 tahun sebelum itu keluar rumah jam 7.45 pagi untuk ke tempat kerja dan mendapati anaknya dalam keadaan tertiarap di lantai yang disangkanya sedang tidur.

“Sewaktu berada di tempat kerja, wanita itu berasa tidak sedap hati lalu pulang ke rumah. Sebaik tiba dia melihat keadaan anaknya dalam posisi yang sama.

“Wanita itu cuba mengejutkan anaknya, namun tiada tindak balas, malah keadaan badan mangsa begitu sejuk,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, malam semalam.

Katanya, wanita berkenaan menghubungi klinik kesihatan berdekatan sebelum pegawai perubatan yang tiba membuat pemeriksaan.

“Pemeriksaan pada tubuh mangsa tidak menemui kesan lebam atau luka, sebaliknya pendarahan di sebelah telinga kiri.

“Ketika itu mangsa sedang memakai 'earphone' dan telefon bimbit miliknya yang berada bersebelahan sedang dicas. Pemeriksaan lanjut mendapati remaja itu sudah meninggal dunia,” katanya.

Katanya, seorang daripada abang mangsa cuba mematikan suis elektrik sebelum menyedari terdapat kesan renjatan elektrik pada wayar berkenaan.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban dan hasil bedah siasat mengesahkan remaja itu maut akibat terkena renjatan elektrik,” katanya.

Image: 

REMAJA lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik daripada telefon bimbit yang sedang dicas di rumahnya di Kampung Gais Batu Pedas, Rembau, kelmarin.

'Adib dijangka boleh kahwin bulan ini'

$
0
0
Utama

faris.fuad@nstp.com.my

MENTERI Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin yakin anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim dapat melangsungkan perkahwinannya pada hujung bulan ini berikutan perkembangan tahap kesihatannya positif dari semasa ke semasa.

Zuraida berkata, pihaknya percaya Muhammad Adib akan kembali bertenaga seperti anak muda berusia 24 tahun selepas melalui proses perubatan secara berterusan dikendali doktor berpengalaman.

“Saya lihat keluarga Adib lebih ceria, nampak ibu bapanya berlainan dan gembira.

“Ketika Adib dimasukkan ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) minggu lalu, mukanya bengkak, saya ingatkan Adib bertubuh gempal.

“Hari ini, saya dapat lihat diri sebenar Adib, dia kurus orangnya.

“Dia tidak boleh bercakap kerana ada tiub dalam mulutnya, dia boleh bergerak, doktor pun nasihat jangan terlalu kaku,” katanya pada sidang media di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Klinikal IJN, Datuk Dr Aizai Azan Abdul Rahim.

Sementara itu, Dr Aizai Azan berkata, Muhammad Adib akan kekal ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) IJN sehingga sembuh sepenuhnya.

“Proses pemulihan mengambil masa, kita harus bersabar, kita puas hati dengan perkembangan positif Adib dari semasa ke semasa.

“Adib akan terus kekal di ICU, kita harap perkembangan yang lebih ketara dalam masa dua hingga tiga minggu ini,” katanya.

Sementara itu, menerusi kenyataan Jabatan Komunikasi Korporat IJN yang dikeluarkan hari ini, Muhammad Adib memberi reaksi positif selepas menukar sistem sokongan kepada mesin Extracorporeal Membrane Oxygenation (ECMO) yang membantu fungsi paru-paru, pada Ahad lalu.

Menurutnya, jantung Muhammad Adib berfungsi dengan baik tanpa sokongan sebarang mesin.

“Paru-paru kiri mangsa menunjukkan tanda pemulihan awal.

“Dia tidak memerlukan begitu banyak bantuan oksigen dan alat ventilator sejak malam tadi,” katanya.

Menurut kenyataan itu, Muhammad Adib masih perlu menjalani rawatan dialisis di bahagian pinggang walaupun organ itu sudah bertambah baik.

“Muhammad Adib kini sedang menjalani rehabilitasi paru-paru.

“Dia didedahkan dengan senaman anggota badan bersama pegawai fisioterapi IJN,” katanya.

Lagi berita berkaitan Rusuhan Kuil Maha Mariamman

Image: 

MENTERI Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin yakin anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim dapat melangsungkan perkahwinannya pada hujung bulan ini berikutan perkembangan tahap kesihatannya positif dari semasa ke semasa.

38 individu lagi diburu

$
0
0
Utama

hafidzul@nstp.com.my

POLIS mengesan 38 individu bagi membantu siasatan insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Seafield, Subang Jaya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, pihaknya memohon kerjasama mereka yang terbabit supaya tampil bagi membantu siasatan.

“Pada masa sama, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu terbabit boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya Deputi Superintendan G K Shan Gopal di talian 019-2714387.

“Mereka juga boleh menghubungi Asisten Superintendan Siasatan Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor Asisten Superintendan S Neeraj Durai di talian 016-3565622,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, orang ramai juga boleh menghubungi Inspektor Siasatan Databank DNA Jabatan Siasatan Jenayah IPK Selangor Inspektor Norsiah Hussin di talian 012-7989973.

“Kerjasama daripada semua pihak amat dihargai bagi membantu siasatan,” katanya.

Setakat jam 8 pagi hari ini, seramai 99 individu ditahan bagi membantu siasatan insiden rusuhan terbabit.

Lagi berita berkaitan Rusuhan Kuil Maha Mariamman

Image: 

POLIS mengesan 38 individu bagi membantu siasatan insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Seafield, Subang Jaya.

Polis 'upload' gambar kubur sebelum ajal

$
0
0
Utama

cnews@nstp.com.my

ANGGOTA polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Balai Polis Travers, Konstabel Mohd Zamri Sinsian, 26, seakan-akan sudah mengetahui ajalnya bakal tiba.

Perkara ini dapat dilihat menerusi gambar kubur dengan kenyataan: ‘Hanya Aku & Amalanku Di Sini Nanti’ yang dimuat naik di Facebook miliknya pada Isnin lalu.

Rakan karibnya, Lans Koperal Mohd Muamar Indan berkata, Allahyarham Zamri yang berasal dari Ranau, Sabah serta masih belum mendirikan rumah tangga, turut memuat naik gambar penuh berwarna hitam sehari sebelum dia dirempuh kereta yang terbabas di Jalan Semantan dari Jalan Damansara, awal pagi semalam.

“Sebahagian rakan-rakan lain turut bertanya kepada Allahyarham mengapakah dia memaparkan gambar kubur dan ayat berkenaan, namun dia tidak menjawab.

“Sehari selepas itu (kelmarin) Allahyarham masukkan pula gambar hitam dalam Facebooknya, dan seolah-olah sudah tahu bahawa sesuatu bakal menimpanya,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Muamar yang kini berkhidmat di Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) berkata, Allahyarham merancang untuk menghantar kakaknya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini untuk pulang ke Sabah selepas bercuti di Semenanjung sejak beberapa hari lalu.

“Dia ada beritahu untuk hantar kakaknya hari ini tapi sebaliknya jenazahnya yang turut dihantar pulang ke Sabah.

“Allahyarham ini adalah sahabat yang pendiam dan mudah tersenyum apabila bersama-sama sesiapa sahaja termasuk ketika menjalankan tugas sebagai anggota Polis Pelancong,” katanya.

Katanya, dia sedih atas kehilangan sahabat baiknya yang dikenali ketika bertugas di Unit Polis Pelancong selama lebih setahun sepanjang 2017 dan mendoakan agar rohnya ditempatkan bersama orang-orang beriman.

“Tugas sebagai seorang anggota polis ini sememangnya sering terdedah kepada bahaya dan risiko dan kami tidak tahu apakah yang bakal menimpa kami pula selepas ini namun apa yang paling penting adalah berusaha memastikan keamanan dan keharmonian negara,” katanya.

Dalam kejadian pada 3.50 pagi itu, Zamri disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala rakannya, Konstabel Osman Ibrahim, 23, cedera parah di kepala selepas dirempuh kereta yang terbabas ketika menuruni bukit.

Semasa kejadian, Zamri dan dua lagi rakan setugas sedang membuat pemeriksaan mengejut ke atas kereta di tepi Jalam Semantan.

Berita berkaitan

Anggota polis maut dirempuh, rakan parah

Image: 

ANGGOTA polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Balai Polis Travers, Konstabel Mohd Zamri Sinsian, 26, seakan-akan sudah mengetahui ajalnya bakal tiba.

'Farid tampar pipi, tendang perut, kemaluan saya'

$
0
0
Utama

sarah@nstp.com.my

SEORANG saksi memberitahu Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini, pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari menamparnya sekali dan menendangnya sebanyak dua kali, termasuk di kemaluannya di Balai Polis Trafik Kota Damansara.

Bekas eksekutif akaun syarikat swasta Ashraf Ahmad, 35, berkata, dalam kejadian pada 11 Januari lalu itu, dia yang sedang memandu kereta Perodua Myvi di tepi Jalan Tropicana, Petaling Jaya terlihat pelakon terbabit berjalan sendirian dengan tidak memakai baju dan seperti meminta bantuan kerana disamun.

“Ketika kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, hujan renyai-renyai dan selepas melihat beberapa kereta tidak membantu, saya membuat pusingan untuk mendekati lelaki berkenaan sebelum baru menyedari lelaki itu adalah Farid Kamil.

“Farid meminta saya menghantarnya ke balai polis kerana mendakwa dirinya terbabit dalam kemalangan dan kemudian saya membawanya ke Balai Polis Trafik Kota Damansara,” katanya.

Ashraf yang juga saksi pertama pendakwaan berkata demikian ketika disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya Alia Sumayyah Amran pada hari pertama perbicaraan kes empat pertuduhan jenayah dihadapi pelakon itu di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham.

Menurut Ashraf, dia hanya mula menyedari Farid berkelakuan pelik apabila ketika perjalanan ke balai polis, tertuduh bertindak menarik stereng kereta berkali-kali sehingga dia terpaksa menegur perbuatan pelakon itu selain meminta baju-T yang sedang dipakainya.

“Apabila sampai di balai polis, kami terus ke bahagian kaunter dan Farid menunjukkan kepada salah seorang anggota di situ mengenai satu artikel ‘300 artis hutang Ah Long’ di dalam telefon bimbitnya sebelum dimaklumkan beliau perlu ke Balai Polis Sunway Giza bagi kes jenayah.

“Selepas itu, Farid mula bertindak agresif apabila dia secara tiba-tiba menjerit ke arah saya dan polis itu dengan mengatakan ‘kau kenal siapa aku?’ sebelum menampar saya di pipi kiri sehingga saya pening dan telinga berdesing,” katanya.

Mengulas lanjut kejadian itu, Ashraf berkata, selain dirinya, Farid turut menampar pipi kiri anggota polis berkenaan sambil memaki hamun dengan berkata ‘polis bodoh..polis jahat’ sebelum dia ditenangkan oleh dua orang awam lain dan dibawa ke belakang balai polis serta digari.

“Anggota polis menyuruh Farid yang ketika itu dalam keadaan bergari supaya duduk di lantai, namun dia kemudian menendang saya di bahagian perut sehingga senak dan Farid kemudian berlari ke dalam tandas.

“Selepas Farid bertindak agresif, beberapa anggota dari Balai Polis Mutiara Damansara datang untuk memberi bantuan dan dalam pada itu, Farid sempat menendang di bahagian kemaluan saya,” katanya.

Ketika disoal oleh Alia jika dia ada mendapatkan rawatan ekoran perbuatan pelakon itu, dia memaklumkan ada pergi ke Hospital Sungai Buloh pada malam hari kejadian untuk membuat pemeriksaan dan doktor mengesahkan tiada kecederaan serius berlaku.

Dalam prosiding itu, isteri Farid, pelakon dan penyanyi Datin Diana Danielle hadir bagi memberikan sokongan, namun tidak boleh berada di dalam mahkamah sepanjang prosiding kerana Diana berpotensi menjadi saksi bagi kes berkenaan.

Farid diwakili peguam Megat Syazlee Mokhtarom.

Pada 16 Januari lalu, Farid mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan iaitu mendatangkan kecederaan kepada seorang orang awam dan anggota polis, menghalang anggota polis menjalankan tugas dan berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan perkataan kesat di kaunter pertanyaan Balai Polis Trafik Kota Damansara kira-kira jam 1.20 petang, 11 Januari lalu.

Sembilan hari kemudian, Farid Kamil turut didakwa menggunakan dadah berbahaya Tetra Hydrocannibol (THC), iaitu ‘11-nor -tetra hydrocannabinol-9-carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya kira-kira jam 4.30 petang, tarikh sama.

Image: 

SEORANG saksi memberitahu Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini, pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari menamparnya sekali dan menendangnya sebanyak dua kali, termasuk di kemaluannya di Balai Polis Trafik Kota Damansara.

Viewing all 7853 articles
Browse latest View live