Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all 7853 articles
Browse latest View live

Pensyarah rebah di sejadah selepas al-Kahfi

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

“ARWAH sempat solat zohor bersama adik-beradiknya dan menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan bertelekung selepas selesai membaca surah al-Kahfi.”

Itu kata Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, suami kepada pensyarah Kuliah Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Che Noraini Hashim yang meninggal dunia pada 3.45 petang semalam.

Syed Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, berkata isterinya meninggal dunia di rumah keluarga di Kampung Losong Panglima Perang, Kuala Terengganu, selang 15 minit ibu saudaranya, Rokiah Abdullah, 70, yang meninggal dunia di rumahnya di Kampung Bukit Losong.

Katanya, sebelum meninggal dunia arwah sempat menunaikan solat Zohor bersama adik-beradik dan selesai membaca surah al-Kahfi, arwah yang masih berada di sejadah tiba-tiba rebah dan meninggal dunia.

“Terkilan jugalah sebab arwah tidak sempat menziarahi semula arwah ibu saudara yang meninggal dunia 15 minit sebelum dia pun pergi ‘mengiringi’ ibu saudara 15 minit kemudian.

“Isteri saya pergi dalam suasana yang cukup mudah dan di hari yang mulia. Dia menghembuskan nafas terakhir selepas selesai solat dan membaca surah al-Kahfi.

“Dia (arwah isteri) tidak mengalami sebarang penyakit dan pemergiannya sangat mengejutkan kami.

“Tapi, kami reda kerana pemergiannya dalam suasana yang sangat mudah dan tenang,” katanya ketika ditemui.

Syed Azman berkata, sebelum kejadian isterinya yang bertugas sebagai pensyarah di UIAM Gombak, Selangor, tiba di Terengganu pada 7.30 pagi.

Menurutnya, arwah sempat menziarahi ibu saudaranya, pada kira-kira 9 pagi, pada hari yang sama, di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Katanya, pada hari itu juga, ibu saudaranya itu dibenarkan pulang ke rumah.

Bagaimanapun, katanya, tidak beberapa lama berada di rumah ibu saudara itu secara tiba-tiba nazak sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Katanya, jenazah isterinya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Losong Paglima Perang, pada kira-kira 9 pagi, hari ini.

Menurutnya, kira-kira 200 orang termasuk ahli keluarga, saudara mara, orang kenamaan serta pemimpin setempat menghadiri majlis pengkebumian itu.

Turut hadir pada majlis pengkebumian Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri Toh Puan Seri Halina Zakaria.

Ahmad Razif turut menunaikan solat jenazah yang diimamkan Syed Azman sebelum mengiring jenazah ke tanah perkuburan.

Terdahulu, Ahmad Razif dan isteri turut menziarahi jenazah arwah sebaik dimaklumkan berita kematian wanita terbabit, semalam.

Image: 

“ARWAH sempat solat zohor bersama adik-beradiknya dan menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan bertelekung selepas selesai membaca surah al-Kahfi.”


'Tak mahu berlebih-lebih' kata Yuna

$
0
0
Utama

najiy.jefri@hmetro.com.my

YUNALIS Mat Zara’ai atau Yuna tidak berniat merahsiakan majlis pernikahannya dengan Adam Sinclair yang berlangsung tertutup di Puncak Rimba, Bentong, Pahang, semalam.

Yuna, 32, ketika ditemui Harian Metro, berkata siapa yang mengenali dirinya pasti tahu dia seorang yang kurang berkongsi cerita peribadi kepada umum.

“Bukan nak berahsia tetapi saya cuma tidak mahu berlebih-lebih pada hari bahagia saya.

“Lagipun saya memang menginginkan hari pernikahan saya privasi,” katanya.

Menurut Yuna, hari bahagianya hanya dihadiri keluarga kedua-dua pihak dan sahabat terdekat.

“Kira-kira 300 tetamu saja yang hadir kerana saya memang nak majlis pernikahan ini hanya membabitkan keluarga terdekat tanpa gangguan daripada pihak luar.

“Lagipun persiapan majlis dilakukan sendiri dan memerlukan kerja keras yang banyak daripada kedua-dua pihak,” katanya.

Terdahulu timbul desas-desus bahawa pasangan ini bakal bernikah, esok, apabila mengadakan sidang media di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Sementara itu, Yuna memberitahu dia belum menetapkan destinasi berbulan madu.

Namun, katanya, bercadang mengajak suaminya pusing ke Amerika Syarikat (AS) dan Amerika Selatan.

Yuna juga berkata, dia berhasrat mengajak Adam berhijrah ke AS untuk melakukan beberapa projek kerja bersamanya.

Pasangan berkenaan bakal mengadakan majlis resepsi di PICC esok.

Semalam, penyanyi yang terkenal menerusi lagu Terukir Di Bintang itu selamat bernikah dengan Adam Yuosof Mohamed Sinclair, 34, tepat 7 petang, di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.

Pasangan mempelai dinikahkan Jurunikah Majlis Agama Bentong, Ustaz Azmi dengan hanya sekali lafaz.

Image: 

YUNALIS Mat Zara’ai atau Yuna tidak berniat merahsiakan majlis pernikahannya dengan Adam Sinclair yang berlangsung tertutup di Puncak Rimba, Bentong, Pahang, semalam.

'Henti kecam suami saya'

$
0
0
Utama

rnorain@hmetro.com.my

“GELARAN ini sebenarnya adalah tanggungjawab besar perlu saya pikul dan saya akan berusaha menjaga amanah ini sebaik-baiknya,” kata pelakon Fizz Fairuz.

Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 39, dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk, hari ini.

Dia menerima anugerah itu dalam Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat Pahang sempena Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan.

Pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu beranggapan anugerah itu sebagai penghargaan tertinggi buat dirinya yang sebelum ini banyak terbabit dalam pelbagai aktiviti pelancongan di Pahang.

“Mungkin ramai tidak tahu saya adalah anak jati Raub dan pada masa sama saya juga banyak buat kerja untuk promosi pelancongan dan budaya negeri ini.

“Selain itu, saya juga menjadi ikon JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) Pahang dan diharapkan mereka faham mengapa saya diberikan pengiktirafan ini,” katanya.

Beliau yang segak berbaju Melayu biru gelap ditemani isterinya yang juga pelakon Almy Nadia.

Almy juga meminta usah dipersoal gelaran diterima suaminya dan enggan ambil peduli setiap komen dan kritikan terhadap Fizz Fairuz.

“Tidak dinafikan netizen sekarang memang lantang dan gemar mengecam sesuka hati tanpa mengambil kira hati dan perasaan seseorang.

“Namun, saya dan suami memilih untuk tidak ambil pusing dengan setiap kecaman kerana ini rezeki yang datang daripada Allah,” katanya.

Almy berkata, sebagai tulang belakang suaminya, dia melihat setiap usaha dan kerja keras Fizz dalam mengharumkan nama negeri Pahang.

“Penganugerahan ini adalah usaha kerasnya dalam menaikkan dan mengharumkan nama negeri kelahirannya.

“Hanya saya dan orang terdekat dengan suami tahu apakah sumbangan dan usaha yang dilakukannya,” katanya.

Berita berkaitan

Tahniah Datuk Fizz Fairus/a>

Image: 

“GELARAN ini sebenarnya adalah tanggungjawab besar perlu saya pikul dan saya akan berusaha menjaga amanah ini sebaik-baiknya,” kata pelakon Fizz Fairuz.

'Jangan cuba tunjuk kuasa' titah Tengku Abdullah

$
0
0
Utama

rnorain@hmetro.com.my

ISTANA Pahang akan menyaring dahulu semua nama yang dicadangkan untuk menerima darjah dan pingat kebesaran Pahang.

Ini bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar ‘bersih’ boleh menerima pengiktirafan berkenaan.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, bertitah kesemua nama itu pula perlu menjalani saringan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, itu adaah prosedur operasi standard (SOP) baru penganugerahan yang perlu dipatuhi sebelum baginda berkenan nama individu terbabit selaku penerima.

Menurutnya, baginda juga akan memperkenalkan kod etika yang mana setiap penerima perlu mematuhinya.

“Saya juga akan membuat kod etika yang perlu dipatuhi oleh mereka (penerima darjah dan pingat) dan tak perlu untuk saya sentiasa mengingatkan penerima supaya menjaga kelakukan mereka.

“Malah, kajian juga akan dilakukan supaya penganugerahan ini akan gugur secara automatik jika mereka didapati bersalah melanggar undang-undang,” titah baginda.

Tengku Abdullah bertitah demikian kepada selepas menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat Pahang sempena Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan, hari ini.

Baginda juga mengingatkan semua penerima darjah dan pingat Pahang untuk menjaga kelakuan dan kemuliaan pengiktirafan itu dan tidak mahu berlaku seperti pepatah ‘kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’.

Titahnya, baginda mungkin tidak ada kuasa untuk mencegah penerima daripada melakukan perkara menyalahi undang-undang secara terus, namun penerima perlu menganggap ia sebagai peringatan.

“Anggap ini (darjah dan pingat) sebagai satu pengiktirafan kepada mereka kerana sudah berjasa dan memberi sokongan di Pahang.

“Institusi Diraja Pahang mahu mendampingi rakyat dan menghargai apa juga sumbangan yang telah diberikan.

“Kita bukan kedekut. Jika kita kedekut, kita tidak beri pengiktirafan, kita simpan saja semua darjah dan pingat kebesaran,” titah baginda.

Tengku Abdullah bertitah baginda juga berlapang dada jika ada mana-mana penerima berhasrat memulangkan pengiktirafan yang diterima jika merasakan darjah dan pingat itu terlalu berat untuk dijaga.

Namun, titahnya, sehingga ini, tiada seorang pun penerima yang memulangkan pingat dan darjah kebesaran yang dikurniakan.

“Saya juga tidak suka untuk tarik (pengiktirafan yang diberi) tetapi jika terpaksa, saya akan buat...jangan cuba tunjuk kuasa,” titahnya.

Image: 

ISTANA Pahang akan menyaring dahulu semua nama yang dicadangkan untuk menerima darjah dan pingat kebesaran Pahang.

Team Secret tak tahan 'sengat' Newbee

$
0
0
Utama

afiq_hanif@hmetro.com.my

NEWBEE membuat kejutan apabila menumpaskan pasukan pilihan, Team Secret, dalam perlawanan separuh akhir e-sukan Dota 2 Kejohanan ESL One Genting.

Newbee yang menang 2-0, agresif menyerang kubu Team Secret yang seakan hilang punca meskipun dibarisi pemain pilihan, Khoo Chong Xin (Ohaiyo), bekas ‘Offlaner’ Fnatic.

Ohaiyo yang menggantikan Adrian Trinks (Fata) di saat akhir kejohanan seharusnya menjadi tunjang Team Secret namun tenggelam dengan serangan dan trik mengejut Newbee.

Newbee menguasai kedua game dengan taktikal kemas sehingga mampu menumpaskan menara Ancient Team Secret dengan pantas.

Dota 2 adalah permainan popular pertandingan e-sukan yang memerlukan lima pemain satu pasukan berentap menggunakan 115 karektor permainan.

ESL One seakan Sukan Olimpik untuk Dota membawa hadiah kira-kira RM500,000 dengan 200 markah pro.

Image: 

NEWBEE membuat kejutan apabila menumpaskan pasukan pilihan, Team Secret, dalam perlawanan separuh akhir e-sukan Dota 2 Kejohanan ESL One Genting.

Guru taska rotan sampai luka

$
0
0
Utama

apendy@hmetro.com.my

KANAK-KANAK perempuan berusia tiga tahun luka di tangan dipercayai akibat dirotan guru taska di Taman Limdungan Bercham Indah, Ipoh, Rabu lalu.

Susulan kejadian itu, ibu mangsa membuat laporan polis 10 pagi semalam selepas tidak berpuas hati dengan alasan diberikan pihak taska yang mendakwa anaknya luka akibat menggaru tangan sendiri.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada suri rumah berusia 45 tahun itu yang mendakwa anaknya dirotan hingga luka.

“Ibu kanak-kanak terbabit mengatakan menghantar anaknya yang berusia tiga tahun ke taska berkenaan dalam keadaan baik, 7.45 pagi Rabu lalu dan anaknya dihantar pulang kira-kira 6 petang menaiki van.

“Wanita berkenaan kemudian mendapati tangan kanan anaknya ada kesan luka dan dimaklumkan oleh guru taska yang anaknya garu tangan sebelum disapu dengan krim luka,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, wanita terbabit tidak berpuas hati dengan penjelasan guru taska berkenaan dan berjumpa dengan pengurusan taska sebelum membawa anaknya ke klinik.

Katanya, suri rumah berkenaan membawa anaknya itu ke dua lagi klinik untuk pemeriksaan pada Khamis dan Jumaat lalu dan di beritahu oleh doktor yang luka di tangan anaknya itu adalah kesan lecur.

“Doktor juga memaklumkan luka kanak-kanak terbabit sudah dijangkiti kuman dan suri rumah itu kemudian membuat laporan polis semalam.

“Hasil siasatan awal berdasarkan keterangan pemilik dan penyelia taska, ketika pertemuan di antara kanak-kanak itu bersama ibunya dengan pihak pengurusan, guru taska wanita berusia 32 tahun mengaku merotan mangsa di tangan kanan,” katanya.

Mohd Ali berkata, ketika pertemuan itu kanak-kanak terbabit turut menunjukkan guru yang merotannya.

“Pemilik taska memaklumkan guru berkenaan sudah diberhentikan kerja kerana bimbang kejadian yang sama akan berulang lagi.

“Guru wanita itu juga dikatakan sudah mengakui kesalahannya dan meminta maaf kepada ibu kanak-kanak berkenaan, namun suri rumah terbabit mahukan tindakan diambil terhadap guru taskaberkenaan,” katanya.

Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu mengikut Seksyen bersesuaian dalam Akta Kanak-Kanak 2001.

Image: 

KANAK-KANAK perempuan berusia tiga tahun luka di tangan dipercayai akibat dirotan guru taska di Taman Limdungan Bercham Indah, Ipoh, Rabu lalu.

Belitan maut

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

LELAKI maut dibelit ular sawa di Jenjarom, Banting, hari ini.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Alimaddia Bukri berkata, kejadian berlaku di Jalan Haji Ibrahim.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan pada 4.08 pagi dan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Panglima Garang bergegas ke lokasi.

"Jentera tiba di lokasi pada 4.12 pagi.

"Ular sawa hampir dua meter panjang ditemui mati di lokasi selepas membelit lelaki berusia 35 tahun hingga maut," katanya.

Kejadian itu turut menjadi tular di media sosial sejurus selepas kejadian.

Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Azizan Tukiman ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.

Image: 

LELAKI maut dibelit ular sawa di Jenjarom, Banting, hari ini.

Terjerat cinta WeChat

$
0
0
Utama

apendy@hmetro.com.my

BAHANA cinta WeChat, wanita kerugian RM40,000 dan kini hidup dalam ketakutan diugut disebar video dan gambar bogelnya.

Pembantu kerani berasal dari Taman Meru Jaya, Ipoh yang hanya ingin dikenali sebagai Amy, 24, berkata, dia berkenalan dengan seorang yang menggunakan nama Morgan Deavour Andrew, 35, di laman sosial berkenaan September lalu.

Menurutnya, pada awal perkenalan, mereka hanya berbual menggunakan aplikasi berkenaan sebelum menjadi semakin rapat hingga berhubung melalui telefon dan juga WhatsApp.

“Lelaki berkenaan mendakwa berasal dari Amerika Syarikat (AS) dan bekerja sebagai jurutera sivil serta mempunyai ibu yang sakit hepatitis B dan sakit buah pinggang.

“Hubungan kami menjadi semakin rapat selepas tiga bulan berkenalan di alam maya dan pada November lalu, lelaki itu mengatakan dompetnya hilang serta ingin meminjam wang termasuk kononnya untuk rawatan ibunya.

“Saya kemudian beberapa kali memasukkan wang yang kesemuanya berjumlah kira-kira RM24,000 ke dalam akaun bank milik seorang wanita tempatan yang diberikan lelaki berkenaan,” katanya yang ditemui dalam sidang media di Ipoh hari ini.

Amy berkata, lelaki berkenaan turut berjanji ingin membuat pelaburan di Malaysia dan akan membeli rumah atas namanya.

“Pada 18 Januari lalu, lelaki terbabit menghantar mesej mengatakan ditahan pihak Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan memerlukan RM3,500 untuk dibebaskan sebelum meminta lagi RM11,500 kononnya untuk membayar denda bagasi yang dibawa serta cukai.

“Saya kemudian memasukkan wang sebanyak RM15,000 yang dipinjam daripada seorang rakan ke dalam dua akaun bank milik wanita tempatan diberikan lelaki terbabit sebelum bergegas ke KLIA,” katanya.

Menurutnya, sebaik membuat semakan di KLIA dia dimaklumkan tiada kes sedemikian sebelum lelaki berkenaan menghubunginya meminta RM12,000 lagi.

“Saya mengatakan tiada lagi duit, namun lelaki itu menggugut ingin menyebarkan gambar bogel saya.

“Sepanjang berkenalan di alam maya dengan lelaki itu, saya ada menghantar dua gambar dalam keadaan tidak berpakaian kepadanya selain turut membuat panggilan video ketika berada dalam keadaan sama,” katanya.

Amy berkata, selama kira-kira lima bulan berkenalan, dia hanya berbual dalam laman sosial dan melalui telefon serta membuat panggilan video.

“Ketika membuat panggilan video, paparan skrin lelaki terbabit hanya gelap dan saya tidak sangka boleh diperdaya sebegini.

“Saya menyesal dan kini bimbang gambar atau video saya akan tersebar serta harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera berhubung kes ini,” katanya yang turut membuat dua laporan polis pada 13 dan 22 Januari lalu.

Menurutnya, dia juga membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 15 Januari lalu dan berharap kejadian yang didedahkannya itu menjadi iktibar kepada orang lain agar tidak terpedaya dengan taktik penipuan cinta di alam maya atau ‘love scam’.

Image: 

BAHANA cinta WeChat, wanita kerugian RM40,000 dan kini hidup dalam ketakutan diugut disebar video dan gambar bogelnya.


Tegur aje, kena tembak pula

$
0
0
Utama

mohd.rizal@hmetro.com.my

TIGA lelaki cedera selepas terkena tembakan senapang patah oleh lelaki di restoran di Jalan Penrissen, Kuching, 12.30 tengah malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, siasatan awal mendapati ketiga-tiga mangsa mengenali suspek berusia 30 tahun itu kerana menginap di hostel sama berhampiran restoran itu.

"Suspek dipercayai tidak berpuas hati apabila ketiga-tiga mangsa dan seorang penyelia di hostel berkenaan menegur suspek kerana cuba membuat kecoh di hostel itu, sebelum itu.

"Ia berpunca apabila berlaku salah faham antara suspek dan teman wanita," katanya

Menurutnya, semua mangsa sedang minum di restoran berkenaaan apabila didatangi suspek.

"Suspek kemudiannya melepaskan tembakan menggunakan senapang patah sebelum melarikan diri menaiki kereta.

Seorang mangsa berusia 47 tahun terkena tembakan di perut dan kaki, seorang lagi mangsa berusia 42 tahun cedera di kaki kanan, manakala mangsa ketiga cedera di kaki kiri.

Semua mangsa kini dirawat di Hospital Umum Sarawak(HUS), katanya.


SUSPEK yang dicari. FOTO ihsan Polis

Katanya, identiti suspek dikenal pasti sebagai Patrick Buddy Siam, 30, dari Rumah Antas, Skrang, Sri Aman dan dia kini diburu polis

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek boleh menghubungi balai terdekat," katanya.

Image: 
Image: 

TIGA lelaki cedera selepas terkena tembakan senapang patah oleh lelaki di restoran di Jalan Penrissen, Kuching, 12.30 tengah malam tadi.

Menangis saat bertentang mata

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

“SEBAIK bertentang mata dengan dia, saya sebak dan menangis kerana dialah orang yang saya cari selama ini, yang sanggup membantu menolak kereta saya yang rosak ketika hujan lebat, Isnin minggu lalu," kata Azliza Othman.

Kisah Azliza dilaporkan Harian Metro pada 24 Januari lalu selepas dia memuat naik status Facebook untuk mencari lelaki berusia 40-an yang sanggup menolak keretanya ketika hujan lebat sehingga ramai netizen salah faham dan mengecam tindakannya itu.

Menurutnya, selepas lima hari mencari, akhirnya dia berjaya mengesan lelaki terbabit, Kamalruzaman Ahmad, 43, sebaik menerima panggilan daripada seorang wanita.

Katanya, wanita itu yang enggan dikenali memberitahu tempat Kamarulzaman bekerja iaitu di kedai buku di Pekan Jitra.

"Mulanya saya berasa ragu-ragu untuk pergi ke situ, namun disebabkan semangat untuk bertemu orang yang membantu, saya nekad untuk pergi ke kedai buku berkenaan tengah hari tadi untuk mendapatkan kepastian.

"Sewaktu bertemu dengannya, dia memberitahu ada terbaca kisah saya tular di laman sosial namun dia tidak mengesyaki apa-apa kerana kejadian itu bukan di Batu 17 seperti yang saya nyatakan, sebaliknya di Padang Perahu, Jitra.

"Apabila saya beritahu yang dia adalah orang yang saya cari, dia hanya senyum dan saya kemudian mengotakan janji dengan memberinya wang sagu hati sebagai ganjaran kerana membantu saya tempoh hari," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Azliza yang juga pembantu klinik berkata, dia sangat terhutang budi dengan lelaki itu kerana sanggup berpatah balik membantunya dalam keadaan hujan lebat semata-mata untuk menolak Perodua Kancil miliknya yang rosak.

Katanya, ketika itu keretanya berada di tengah jalan di belakang treler dan sebaik menyedari kehadiran motosikal dinaiki Kamalruzaman, dia terus menahan motosikal itu.

"Saya tak sangka dia sanggup berpatah balik, betapa besarnya pengorbanannya ketika itu walaupun dia langsung tak kenal saya.

"Selepas bertemunya hampir 20 minit, saya sudah cukup puas hati dan dia beritahu pada saya yang dia mempunyai isteri dan empat orang anak," katanya.

Azliza berkata, sejak kisahnya disiarkan dalam akhbar ini, ramai yang cuba menghubunginya termasuk menghantar pesanan melalui Whatsapp dan memberi laporan palsu selain meminta ganjaran yang dijanjikan untuk memberi maklumat mengenai lelaki itu.

Katanya, semua maklumat yang diberikan itu tidak tepat menyebabkan dia hampir berputus asa sehinggalah dia menerima panggilan daripada wanita itu, semalam.

"Tanpa fikir panjang, saya terus mencari orang yang sangat mulia itu dan dari riak wajahnya, dia seorang yang sangat baik dan lurus," katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan seorang pembantu klinik di Jitra cuba menjejaki individu yang membantu menolak keretanya ketika hujan lebat.

Usahanya mula mendapat perhatian sebaik dia memuat naik status Facebook bagi mencari individu berkenaan, tular.

Azliza berkata, tujuan dia memuat naik status berkenaan bukan untuk mencari cinta tetapi kerana terhutang nyawa dengan usaha lelaki itu yang sanggup berhenti membantunya ketika kereta yang dipandunya berhenti di lorong kanan jalan Batu 17 berhadapan Masjid Baru Padang Perahu, Jitra ketika dalam perjalanan ke Perlis Isnin lalu.

Berita berkaitan

'Awak, tolong hubungi saya'

Image: 

“SEBAIK bertentang mata dengan dia, saya sebak dan menangis kerana dialah orang yang saya cari selama ini, yang sanggup membantu menolak kereta saya yang rosak ketika hujan lebat, Isnin minggu lalu," kata Azliza Othman.

Ular sawa 'makan tuan' - UPDATE [METROTV]

$
0
0
Utama

siraj@hmetro.com.my

LELAKI yang maut dibelit ular sawa di Jalan Haji Ibrahim, Jenjarom, Banting, hari ini, dipercayai memegang reptilia berkenaan yang ditangkapnya sebelum itu, ketika menunggang motosikal untuk ke rumah rakannya apabila ular berkenaan membelit lehernya.

Mohd Noor Radiman, 54, berkata mangsa iaitu adik iparnya, Zaim Khalis Kosnan, 35, mungkin memegang ular sawa itu dengan tangan kiri manakala tangan kanannya memegang pendikit minyak motosikal.

“Dua mungkin hendak ke rumah kawannya untuk mengambil guni namun ular berkenaan membelit lehernya sehingga dia terjatuh dari motosikal,” katanya.

Menurutnya, mereka yang dimaklumkan penduduk kampung mengenai kejadian berkenaan sebelum bergegas ke lokasi dan mendapati Zaim Khalis sudah meninggal dunia.

“Rumah saya tidak jauh dari lokasi kejadian dan sejurus dimaklumkan bergegas ke sana namun adik ipar sudah meninggal dunia akibat dibelit ular sawa itu," katanya yang ditemui di rumahnya hari ini.


Mohd Noor Radiman, abang ipar mangsa. - Foto MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT

Arwah adalah anak bongsu daripada tiga beradik, berstatus duda serta mempunyai anak perempuan berusia sembilan tahun.

Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jenjarom kira-kira jam 4 petang tadi selepas selesai bedah siasat di Hospital Banting.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Azizan Tukiman berkata, siasatan mendapati penduduk menemui mangsa dibelit ular sawa sepanjang kira-kira tiga meter.

Beliau berkata, orang awam cuba membantu mangsa namun tidak berjaya dan mangsa meninggal dunia di lokasi.

Katanya, bedah siasat di Hospital Banting mendapati ada kesan jerut di leher dan badan mangsa akibat belitan ular sawa itu.

“Selain itu ada kesan seperti tercekik,” katanya.

Image: 
Image: 

LELAKI yang maut dibelit ular sawa di Jalan Haji Ibrahim, Jenjarom, Banting, hari ini, dipercayai memegang reptilia berkenaan yang ditangkapnya sebelum itu, ketika menunggang motosikal untuk ke rumah rakannya apabila ular berkenaan membelit lehernya.

Dibelit di leher

Keislaman tiga kanak-kanak terbatal [METROTV]

$
0
0
Utama

MAHKAMAH Persekutuan menyampaikan penghakiman yang bersejarah apabila memutuskan pasangan yang memeluk Islam dan pasangannya yang bukan Islam mesti memberi persetujuan bagi penukaran agama anak bawah umur kepada Islam.

Panel lima hakim yang disidangi oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin; Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Zainun Ali, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Ramly Ali mengetepikan keputusan berhubung penukaran agama tiga anak guru tadika M Indira Gandhi oleh bekas suaminya yang juga seorang mualaf.

Hakim Zulkefli yang mengetuai panel itu berkata, keputusan dicapai sebulat suara sambil berkata, walaupun penukaran agama adalah isu yang menimbulkan perbalahan, namun keputusan mahkamah tidak dipengaruhi oleh kepercayaan agama.

Hakim Zainun yang menyampaikan penghakiman mahkamah berkata persetujuan daripada Indira Gandhi dan bekas suaminya Muhammad Riduan Abdullah, (dulu dikenali sebagai K Pathmanathan) adalah diperlukan sebelum sijil penukaran agama kepada Islam dapat dikeluarkan kepada ketiga-tiga anak mereka.

Beliau berkata pendekatan membenarkan penukaran agama anak atas persetujuan hanya satu pihak akan menimbulkan persoalan yang sukar.

"Penukaran kepada agama lain adalah keputusan penting yang mempengaruhi kehidupan seorang kanak-kanak kerana ia mengenakan satu set undang-undang peribadi yang baharu dan berbeza,” kata beliau dan menambah adalah demi kepentingan kanak-kanak itu, persetujuan dari kedua-dua ibu bapa harus diperoleh.

Image: 

MAHKAMAH Persekutuan menyampaikan penghakiman yang bersejarah apabila memutuskan pasangan yang memeluk Islam dan pasangannya yang bukan Islam mesti memberi persetujuan bagi penukaran agama anak bawah umur kepada Islam.

Pertukaran agama Islam tiga anak terbatal

Kaut 10 peratus setiap projek

$
0
0
Utama

mohd.hasbi@hmetro.com.my

TIGA individu termasuk Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perlis ditahan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah, hari ini, kerana dipercayai terbabit dalam rasuah dan salah guna kuasa.

Suspek berusia 60 tahun itu disyaki menerima wang rasuah sebanyak 10 peratus bagi setiap projek yang dianugerahkan oleh JPS Perlis kepada kontraktor yang dilantik sejak 2014 hingga 2017.

Turut ditahan dalam operasi yang dilancarkan SPRM adalah dua pemilik syarikat berusia 39 dan 50 tahun masing-masing dipercayai bersubahat dengan pengarah terbabit.

Menurut sumber, pasukan penyiasat mendapati pengarah berkenaan juga menggunakan nama sebuah syarikat yang mempunyai kepentingan untuk melaksanakan projek yang dianugerahkan oleh JPS.

“Dia juga didapati menjalani kehidupan yang mewah hasil daripada wang rasuah yang diterima daripada kontraktor sejak 2014.

"Siasatan juga mendapati suspek memindahkan sejumlah wang rasuah yang diperolehi dengan menyalahgunakan jawatannya itu ke beberapa akaun miliknya dan saudara-mara,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan, SPRM merampas wang tunai berjumlah hampir RM900,000 di rumah salah seorang pemilik syarikat yang ditahan.

Sumber berkata, pasukan penyiasat menyita empat akaun bank yang mempunyai wang berjumlah RM2.9 juta yang dipercayai diperolehi melalui perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan siasatan dimulakan selepas SPRM menerima menerima laporan berhubung perbuatan pengarah terbabit.

"Ketiga-tiga suspek dijangka dihadapkan di mahkamah Alor Setar esok untuk direman bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 23 Akta SPRM serta Seksyen 4(1) AMLATFPUAA 2001," katanya.

Image: 

TIGA individu termasuk Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perlis ditahan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah, hari ini, kerana dipercayai terbabit dalam rasuah dan salah guna kuasa.

2 murid antara 3 maut

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

TIGA maut, termasuk dua murid manakala seorang lagi kritikal selepas bas sekolah dinaiki merempuh lori di Kilometer 12, Jalan Pesisir Bintulu-Miri berhampiran Ladang Sebubu, Samalaju, hari ini.

Dalam kejadian 6.12 pagi itu, bas sekolah berkenaan dalam perjalanan menghantar murid ke Sekolah Kebangsaan (SK) Kidurong II, Bintulu sebelum merempuh bahagian belakang lori yang membawa muatan besi paip.

Pemandu bas, Ramnelan Samat, 55, meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala dua lagi murid meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Bintulu.

Murid yang meninggal dunia adalah Aien Laila Alesha Abdullah, 11; dan Nurnadia Syakila, 9; manakala Jaf Naufal Aliuna Jaffery, 10, masih menerima rawatan kecemasan di hospital berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, bas sekolah berkenaan dalam perjalanan menghantar 22 murid ke sekolah berkenaan.

“Bas berkenaan merempuh bahagian belakang lori di lokasi kejadian menyebabkan bahagian depan bas remuk.

“Siasatan awal mendapati, pemandu lori mendakwa kenderaannya rosak dan diletakkan di bahu jalan,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, kejadian turut menyebabkan enam lagi murid sekolah terbabit cedera manakala 14 lagi terselamat termasuk kelindan bas.

“Punca kemalangan masih dalam siasatan dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Image: 

TIGA maut, termasuk dua murid manakala seorang lagi kritikal selepas bas sekolah dinaiki merempuh lori di Kilometer 12, Jalan Pesisir Bintulu-Miri berhampiran Ladang Sebubu, Samalaju, hari ini.

Pemergian terindah

$
0
0
Utama

nursaliawati@mediaprima.com.my

“PEMERGIANNYA amat mudah, tidak semua akan melaluinya dan detik itu saya tidak akan lupakan,” kata seorang daripada jemaah Masjid Imam Muslim, Belimbing Dalam, Alor Gajah selepas Imam Satu masjid itu, Mohamad Hashim Kechik, 78, menghembuskan nafas terakhir ketika menjadi imam solat Zohor, hari ini.

Jemaah itu, Syamsul Ab Rahman berkata, ketika itu kira-kira 10 jemaah berada di dalam masjid menunaikan solat kira-kira 1.30 petang.

"Ketika itu imam mahu bangun untuk rakaat keempat namun tiba-tiba dia tidak boleh.

"Imam kemudian beristighfar tiga kali dan memberi salam sebelum beberapa jemaah bergegas mendapatkannya," katanya.

Menurutnya, imam yang mengalami sesak nafas kemudian dibaringkan oleh jemaah.

"Semuanya berlaku dengan pantas, tidak lama selepas itu nafasnya terhenti," katanya.

Pasukan perubatan dari Klinik Kesihatan Durian Tunggal yang tiba 1.45 petang mengesahkan Mohamad Hashim meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan A Asmadi Abd Aziz mengesahkan pihaknya ada menerima laporan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Image: 

“PEMERGIANNYA amat mudah, tidak semua akan melaluinya dan detik itu saya tidak akan lupakan,” kata seorang daripada jemaah Masjid Imam Muslim, Belimbing Dalam, Alor Gajah selepas Imam Satu masjid itu, Mohamad Hashim Kechik, 78, menghembuskan nafas terakhir ketika menjadi imam solat Zohor, hari ini.


Terpaksa berpelukan atas pokok

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

DUA beradik yang dilaporkan hilang petang semalam, ditemui berpelukan di atas pokok bakau di Kampung Alur Limbong, Paka, Dungun, malam tadi.

Mohd Zaidanie Amsyar Zaidi, 6, dan adiknya Mohd Zaidanie Ammar Zaidi, 4, memanjat pokok bakau terbabit sebaik air di kawasan paya itu mulai pasang sebelum ditemui 9.50 malam tadi.

Ibu saudara kanak-kanak berkenaan, Rosalinda Zakaria, 39, berkata, dua beradik itu ditinggalkan seketika di rumah oleh ibu mereka Norjihah Mohamad Razali, 28, untuk membeli barangan dapur di Bandar Paka pada 4 petang.

Menurutnya, sebaik pulang, ibu mereka mendapati kedua-dua mangsa tiada di rumah dengan kedua-dua seluar jeans yang dipakai kanak-kanak terbabit tergantung di tiang pagar manakala selipar mereka berada di tepi sungai.

"Khuatir kedua beradik itu lemas, ibunya membuat laporan polis di Balai Polis Paka.

"Kami sekeluarga yang bimbang turut keluar mencari mereka bersama polis dan bomba namun selepas lima jam masih belum berjumpa.

"Saya kemudian tergerak hati pergi ke kawasan paya bakau dan sampai di sana, terus melaungkan nama kedua beradik itu.

"Alangkah leganya hati apabila laungan saya disahut mereka dan saya segera mendapatkan anggota bomba untuk mengesan arah suara itu.

"Bila sampai di lokasi, terkejut saya nampak kedua mereka sedang berpelukan di atas pokok," katanya ketika ditemui, malam ini.

Sementara itu, Pegawai Zon II Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Zailani Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian kira-kira 8 malam.

Katanya, 14 anggota dari Balai Bomba Paka melancarkan gerakan mencari dan menyelamat.

"Kita terpaksa memanjat pokok terbabit sebelum berjaya membawa dua beradik itu turun," katanya.

Image: 

DUA beradik yang dilaporkan hilang petang semalam, ditemui berpelukan di atas pokok bakau di Kampung Alur Limbong, Paka, Dungun, malam tadi.

Ya Allah, Kaabah depan mata [METROTV]

$
0
0
Utama

adam@hmetro.com.my

SAYU sebak bahkan ramai yang menitis air mata apabila kali pertama memandang Kaabah.

Begitulah reaksi spontan beberapa penggiat seni tanah air khususnya seniman, Sulaiman Yassin dan Harun Hashim yang teresak-esak menangis dek teruja Kaabah yang menjadi kiblat mereka sekian lama kini berada depan mata.


Mat Over (lima, kiri) bersama Harun Hashim (tujuh, kiri) bersemangat laksanakan umrah pertama. FOTO ADAM SALLEH

Sebelum melangkah memulakan tawaf, mutawif ustaz Hashim Ahmad sudah berpesan kepada setiap jemaah agar berjalan memandang ke bawah selepas keluar dari penginapan.

Masing-masing berdebar-debar mengatur langkah, sesudah 15 minit berjalan dan sebaik Kaabah sudah berada depan mata, barulah Hashim meminta mereka mendongak dan memandang Kaabah, langsung ada yang terpaku serta melaungkan," Ya Allah, ya Tuhanku" terus berderai air mata.

Selain Sulaiman dan Harun, 21 penggiat seni lain begitu bersemangat untuk melaksanakan umrah pertama sekalipun kepenatan mengharungi tujuh jam perjalanan dari Madinah ke Makkah.

Program Umrah Penggiat Seni ini adalah inspirasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan direalisasikan oleh Yayasan Perdana Ummah (YPU), Yayasan Mustika Kasih (YMK) dengan kerjasama Pejabat Perdana Menteri.

Pelepasan penggiat seni ke umrah pada 26 Januari lalu disempurnakan Penasihat Perdana Menteri, Prof Datuk Seri Dr Khairil Annas Jusoh dihadiri juga Pengerusi YPU, Datuk Rizal Mansor.

Mereka dijangka pulang ke tanah air pada 6 Februari nanti.

Kalangan penggiat seni yang uzur diberi kemudahan kerusi roda serta pembantu bagi melaksanakan ibadah umrah lebih sempurna seperti Hamid Gurkha, Tawil, Zaiton Sameon, Aida Agil, Mama Kamalia dan Sahara Yaacob.

Image: 
Image: 

SAYU sebak bahkan ramai yang menitis air mata apabila kali pertama memandang Kaabah.

Ya Allah, Kaabah depan mata

Seloroh KJ buat Awal...

$
0
0
Utama

sudirman@hmetro.com.my

PENGACARA popular Awal Ashaari tidak menjangka gurauan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang ingin mewujudkan kumpulan #khawal gabungan Khairy dan Awal tular di media sosial sejak kelmarin.


Sesi temuramah Awal bersama Menteri Belia dan Sukan, KJ. FOTO INSTAGRAM AWAL ASHAARI via KJ

Malah, status yang dimuat naik Khairy atau mesra disapa KJ di laman Instagram (IG) miliknya itu turut mendapat perhatian portal berita tempatan berbahasa Malaysia dan Inggeris.

"Sejujurnya saya gementar menemubual KJ. Sebab, beliau dikenali sebagai seorang lantang, pendiam dan serius. Pada sesi berkenaan, beliau agak terburu-buru jadi kami tidak banyak masa.

"Selepas selesai temubual, beliau buat permintaan berswafoto. Apabila menteri nak bergambar, saya pun teruja dan seronok. Saya pun ambil kesempatan sama.

"Dalam perjalan pulang, saya dapat bayak 'notification'. Orang mula 'tag' nama saya. Saya buka dan tengok, KJ muat naik di IG miliknya beserta status yang agak unik," katanya kepada Harian Metro.

Awal yang mengendalikan program Bicara Empat Mata menyifatkan status dimuat naik Khairy adalah di luar kotak fikiran.

"Cara dia berbeza daripada orang lain apatah lagi dia turut 'tag' nama isteri saya. Bagi saya, apa yang ditulis sesuatu di luar kotak pemikiran seorang menteri.

"Malah, saya pun tak terlintas nak tulis sebegitu. Ia bukti KJ seorang menteri yang segar dengan idea. Ramai memberikan komen positif. Mereka suka bila menteri berseloroh," katanya.

Menurut Awal, status yang dimuat naik mengenai stokin merah dipakai Khairy juga mendapat reaksi pengguna laman sosial.

"Menerusi IG saya pula, saya terpanggil untuk bercakap mengenai stokin. Sebab masa jumpa KJ, saya pakai stokin bunga-bunga.

"Kebetulan masa masuk bilik KJ, saya terus terpandang stokin yang dipakai warna merah. Sementara tali kasut pula warna merah jambu terang meskipun kasut berwarna coklat. Saya tegur dan dia cakap tidak sukakan terlalu formal.

"Apabila saya Tweet, ia orang suka. Saya dapat banyak maklum balas daripada pengikut dan netizen sehingga semalam. Disebabkan itu, perkara ini tular," katanya.

Awal juga berkongsi, dia dan Khairy saling membalas mesej di laman Instagram (DM) selepas perkara itu menjadi bualan pengguna laman sosial.

Image: 
Image: 

PENGACARA popular Awal Ashaari tidak menjangka gurauan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang ingin mewujudkan kumpulan #khawal gabungan Khairy dan Awal tular di media sosial sejak kelmarin.

Letih rogol, tidur dulu lah...

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

SUDAHLAH merogol wanita orang kurang upaya (OKU) mental, malah seorang lelaki turut tertidur di rumah mangsa di Serdang, Bandar Baharu hampir lima jam sebelum melarikan diri, semalam.

Dalam kejadian 4 pagi itu, mangsa berusia 36 tahun itu turut ditumbuk sebelum dirogol suspek berusia 50 tahun di dalam bilik tidur mangsa.

Menurut sumber, selepas merogol mangsa, suspek yang keletihan turut tertidur sebelum melarikan diri sebaik tersedar.

"Mangsa kemudian menceritakan kejadian itu kepada seorang lelaki yang tinggal di kawasan terbabit.

"Dia kemudian dibawa lelaki itu untuk membuat laporan di Balai Polis Serdang untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Sumber berkata, polis yang menerima maklumat itu kemudian bertindak mengesan suspek sebelum berjaya menahannya di kawasan Serdang sejam selepas mangsa membuat laporan polis.

"Mangsa dihantar ke Hospital Kulim untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintendan Baruddin Wariso ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan memaklumkan suspek kini sudah ditangkap dan direman tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 (2) (K) Kanun Keseksaan.

Image: 

SUDAHLAH merogol wanita orang kurang upaya (OKU) mental, malah seorang lelaki turut tertidur di rumah mangsa di Serdang, Bandar Baharu hampir lima jam sebelum melarikan diri, semalam.

Balasan untuk si pembunuh dan perogol [METROTV]

$
0
0
Utama

razis@hmetro.com.my

PENGANGGUR dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini selepas didapati bersalah membunuh dan merogol seorang suri rumah, tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Bache menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohammad Awari Ahmad, 25, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Bagi kesalahan rogol tertuduh dikenakan hukuman penjara 18 tahun dan 12 sebatan.

Ahmad dalam alasan penghakimannya berkata, selepas meneliti keterangan mahkamah tertuduh mempunyai niat menyebabkan kematian mangsa sekali gus menolak alasannya yang mendakwa tidak berniat untuk melibas parang itu.

"Sebelum kejadian, tertuduh membawa kayu untuk merompak mangsa namun meninggalkannya di luar rumah sebelum mengambil parang di rumah itu.

"Kejadian itu turut disaksikan anak lelaki mangsa berusia lima tahun yang ketika memberi keterangan memberitahu ibunya disembelih. Malah pemeriksaan mendapati dua kesan kelar di leher mangsa dan kecederaan lain menunjukkan mangsa cuba mengelak.

"Bagi kesalahan rogol tertuduh dalam keterangan mengakui melakukan perbuatan itu selepas mencederakan mangsa.

"Oleh itu, tertuduh disabitkan terhadap kedua-kedua kesalahan dan mahkamah tiada pilihan lain bagi kesalahan membunuh selain hukuman mati manakala bagi kesalahan rogol, tertuduh dipenjara 18 tahun dan 12 sebatan," katanya.


Mohammad Awari dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu selepas didapati bersalah membunuh suri rumah di sebuah rumah tanpa nombor, Kampung Batu Papan pada 1 Mac 2015 lalu. FOTO Fathil Asri

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh Yashmin Fauzi, 25, di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Batu Papan antara 12.30 tengah malam hingga 2 pagi pada 1 Mac 2015.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa merogol mangsa sama sehingga menyebabkan kematiannya pada tarikh, waktu dan lokasi sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (4) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan minimum 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Harian Metro sebelum ini melaporkan Yashmin meninggal dunia akibat dikelar penjenayah yang memecah masuk rumah sewanya di Kampung Batu Papan ketika suaminya, Mohd Azrul Isahak, 30, yang juga sukarelawan polis bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang.

Mohd Azrul yang berasa tidak sedap hati dan hilang tumpuan ketika bertugas meminta izin pegawainya pulang ke rumah seketika namun menemui isterinya dalam keadaan berlumuran darah, tidak berpakaian dan keletihan di jalan, 100 meter dari rumahnya.

Mangsa meninggal dunia 6.40 pagi selepas empat jam menerima rawatan di bilik kecemasan Hospital Gua Musang (HGM), malah sempat memberitahu 'petunjuk' penting yang membawa kepada tangkapan suspek.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shaharaliza Ab Razak manakala tertuduh diwakili peguam Latifah Ariffin.

Image: 

PENGANGGUR dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini selepas didapati bersalah membunuh dan merogol seorang suri rumah, tiga tahun lalu.

Suspek rogol, bunuh dihukum gantung sampai mati
Viewing all 7853 articles
Browse latest View live